Warga Singapura buat hal ‘cop parkir’ di Malaysia

5261
Tular satu video yang menunjukkan seorang wanita menunggu di sebelah kenderaan Toyota Corolla Altis yang ingin keluar dari parkir.
 
Difahamkan wanita berkenaan sedang menjaga parkir tersebut bagi kenderaannya dan lebih membuatkan netizen ‘geram’ apabila tindakan itu dipercayai dilakukan warga Singapura.
 
 
Akaun Facebook Hey XpG itu berkongsi kejadian yang berlaku pada adiknya bagaimanapun tidak dimaklumkan lokasi parkir tersebut.
 
“Sya tidak pernah upload benda macam ni on my gaming page tapi orang begini tiada adab. Uncivilized. Baru jadi tadi pada adik saya. Korang tengok sendiri dan ratelah sakit hati korang tu tahap apa,” jelasnya. 
 
Dia berkata wanita itu menghalang bahagian depan kereta adiknya dan oleh kerana sedang mendukung anak kecil jadi adiknya tidak dapat turut dari kenderaan untuk berdepan dengan wanita tersebut.
 
“Perempuan ini boleh turun, pergi cop parking kat kereta yang nak keluar tu sedangkan adik Sya dah tunggu depan kereta tu nak masuk parking.
 
“Bila kereta perempuan tu datang, nak masuk parking tu, dia block kereta adik Sya so that kereta family (agaknyalah) dia boleh masuk. Tersengih-sengih seperti kerang busuk disitu,” tulisnya.
 
Pada video berkenaan boleh dilihat tidak lama kemudian muncul sebuah Mercedes-Benz GLB dengan nombor pendaftaran Singapura dari belakang untuk masuk ke parkir tersebut. 
 
Rata-rata netizen yang melihat kejadian itu berasa geram dengan tindakan kenderaan negara jiran berkenaan.
 
Seharusnya apabila berada di negara jiran, mereka seharusnya mengetahui undang-undang yang termaktub agar tidak melakukan kesalahan. 
Di Malaysia adalah menjadi satu kesalahan perbuatan cop (letak kerusi/moto/kon/pasu bunga/ampaian baju, berdiri atas petak parking dan sebagainya) petak parkir yang merupakan kesalahan dibawah Seksyen 50(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
 
Undang-undang tersebut juga boleh diguna pakai di semua kawasan sama ada di tempat awam mahupun di premis swasta termasuk pusat membeli-belah. 
 
Hukuman bagi pesalah cop parkir ditetapkan di bawah Seksyen 119 yang membawa penalti tidak lebih RM2,000 atau penjara tidak lebih 6 bulan bagi kesalahan pertama dan denda sehingga RM4,000 atau penjara tidak lebih 12 bulan bagi kesalahan seterusnya.
 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar


1 KOMEN

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here