Geely Jiaji L diperkenalkan di China menerusi tiga pilihan varian pada harga ¥ 119,800 hingga ¥ 142,800 (RMRM77,688-RM92,603). Jiaji L kini 120mm lebih panjang berbanding model Jiaji sedia ada.
MPV tersebut memiliki panjang 4,826 mm, lebar 1,909 dan tinggi 1695mm (-18mm) serta jarak roda 2,805mm.
Fascia depan model facelift itu menampilkan filosofi rekaan visi Starburst yang boleh dikesan menerusi bentuk X dan gril baharu Infiniti Weave yang digunakan pada model Proton.
Unit lampu belakang didatangkan dengan reflektor yang ditarik sepanjang but belakang dan kemasan krom pada ekzos.
Kabin dilengkapi dengan kluster instrumen 10.25-inci dan stereng tiga jejari bersama skrin infotainmen 12.3-inci. Pelanggan boleh memilih bentangan kerusi 2+2+2 (6 kerusi) atau 2+3+2 (7 kerusi).
Jiaji L dikuasakan enjin 1.5 liter turbo 4-silinder yang menghasilkan kuasa 178hp @ 5,500rpm dan tork 290Nm @ 2,000-3,500rpm. Padanan transmisi 7-kelajuan dual klac basah membolehkan MPV itu mencapai kelajuan maksimum 190kmj.
Antara ciri peralatan lain yang ditawarkan MPV tersebut adalah lampu depan LED, kerusi depan berkuasa elektrik, kawalan pendingin hawa dua zon, penapis kabin CN95, pengecas tanpa wayar, enam pembesar suara dan rim 17 atau 18-inci.
Ciri keselamatan pula, Jiaji L dilengkapi dengan enam beg udara, brek kecemasan autonomi, bantuan kekal lorong dan kawalan kruise.