Tiga pelajar ditembak mati dan motosikal mereka dibakar selepas terlibat dalam satu kemalangan dengan sebuah sedan BMW di daerah Khao Phanom, Krabi hari ini.
Lelaki berusia 42 tahun kemudian ditahan pihak polis selepas mengepung sebuah kedai tayar kereta di Tamron Phru Tiew, Khao Phanom.
Dalam serbuan berkenaan pihak berkuasa menemui sebuah BMW hitam dengan nombor plat Bangkok di parkir dalam garaj kedai berkenaan. Cermin depan bahagian pemandu kereta tersebut didapati retak.
Pihak berkuasa menerima laporan tentang insiden tersebut di jalan Khao Phanom-Thung Yai pada jam 1.29 pagi, Selasa.
Sebaik menerima panggilan, polis dan penyelamat berkejar ke lokasi kejadian dan menemui mayat seorang remaja lelaki dan dua gadis terbaring di atas rumput dengan kesan tembakan.
Sementara motosikal yang terbakar di temui di atas jalan. Remaja lelaki itu dikenalpasti sebagai Nonthaphan manakala dua gadis tersebut adalah Natnicha and Phanthira.
Kesemua remaja yang berusia 18 tahun itu merupakan pelajar Mathayom Suksa 6 di Khao Phanom. Nonthaphan ditembak pada bahagian muka dan dua remaja perempuan berkenaan ditembak di bahagian belakang.
Hasil siasatan polis membawa kepada penemuan kedai tayar berkenaan sekitar jam 7.20 pagi.
Polis cuba memanggil pemilik kedai yang dikenali sebagai Theerasak Boonruang, 42 namun tiada jawapan dan meminta bantuan ibu bapanya.
Sejam kemudian, Theerasak membuka pintu dan cuba melarikan diri dengan membawa sepucuk pistol sebaik pihak polis cuba menangkapnya. Selepas melihat bapanya berdiri berhampiran polis, suspek melepaskan pistol kalibre .357 dan ditahan.
Polis turut menemui senapang patah di dalam rumah dan banyak kelongsong peluru .357 bertaburan di atas lantai.
Hasil siasatan, suspek mengakui mengambil dua pil methamphetamine pada malam Isnin dan memandu pulang ke kedainya dari rumah isteri seorang diri.
BMW miliknya terlibat kemalangan dengan motosikal yang ditunggang remaja tersebut. Selepas perlanggaran berkenaan suspek keluar dari kenderaannya lalu menembak remaja berkenaan.
Bagaimanapun, suspek memberitahu tidak mengenali mangsa dan menafikan membakar motosikal tersebut.
Orang ramai yang melalui lokasi kejadian menghentikan kenderaan sebaik melihat motosikal terbakar lalu menemui tiga remaja yang maut di tepi jalan.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar