Kes langgar lari pegawai imigresen, pemandu warga Indonesia serah diri

1196

Pemandu Proton Wira Aeroback yang dipercayai terlibat dalam kemalangan langgar lari melibatkan pegawai Jabatan Imigresen di 83.4KM Lebuhraya Utara Selatan (Plus) arah utara direman empat hari bermula 6 September.

Suspek yang juga lelaki warga Indonesia berusia 27 tahun itu direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.



Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, suspek menyerah diri di Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda pada 6.30 petang (5 September). 

“Suspek yang takut selepas terbabit dalam kemalangan itu terus memecut kenderaan dipandunya dan pulang ke rumah di Pokok Sena.

“Semakan nombor pendaftaran kenderaan pula mendapati kereta dipandu suspek adalah milik abang iparnya yang berada di Kuala Lumpur,” katanya. 

Hasil siasatan awal, suspek mendakwa dia terpaksa melarikan diri kerana bimbang dipukul selain tidak memiliki lesen memandu sah.

Kemalangan berkenaan menyebabkan Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Muhammad Nizam Samsudin, 46, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala disebabkan rempuhan sehingga terbabas ke lorong kecemasan .

Rakannya, Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Kanan Zaili Nizam Muhammad, 43, patah kaki kanan akibat tidak sempat mengelak lalu merempuh motosikal Muhammad Nizam. 

Susulan daripada itu, polis berjaya mengesan Proton Wira Aeroback bernombor pendaftaran TAC 5688 melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di Plaza Tol Gurun.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here