Proton Iriz R5 dihomologasi oleh FIA, R5 pertama stereng kanan

3491

Juara Irish Tarmac Rally, Eugene Donnelly telah membeli dan memilih Proton Iriz R5 sebagai jentera terkini pasukannya.

Proton Iriz R5 kini telah sah dihomologasi oleh FIA untuk berentap dalam acara-acara antarabangsa FIA, dan ia merupakan unit pertama R5 dengan stereng kanan (right hand drive).



Eugene berkata, “Saya tidak sabar untuk satu lagi projek dan teruja untuk memandu kereta R5 pertama di dunia dengan stereng kanan. Saya juga tidak sabar untuk bekerja dengan semua orang di Mellors Elliot Motorsport dan Derek McGeehan di McGeehan Motorsport. Saya telah melalui pengalaman karier yang menarik bersama mereka.

Dia menambah, “Kami merancang untuk melakukan program ujian menyeluruh sebelum kami betul-betul menyertai acara rally. Tapi kami mahu bersedia untuk The Kilarney Rally of the Lakes dan acara kesukaan saya, The Donegal International.”

Projek Proton Iriz R5 mula dijalankan oleh Mellors Elliot Motorsport (MEM) pada 2016 untuk menyertai World Rally Championship (WRC).

Iriz R5 ini juga telah membuat kemunculan umum pertama di Goodwood Festival of Speed pada 2017. Kemudian, ia mencatatkan kemenangan dalam beberapa acara seperti Grizedale Rally, Goodwood 2017, Malton Rally dan Cambrian Rally.

Proton Iriz R5 dikuasai oleh enjin 4B11T turbo dari Mitsubishi Lancer Evolution X yang dikecilkan sesarannya menjadi 1.6-liter. Ini adalah untuk mematuhi syarat dan piawaian R5 dan WRC2.

Transmisi dan sistem pacuan semua rodanya adalah dari Xtrac, suspensi dari Reiger dan brek dari Brembo. Ia menggunakan sistem elektronik dari Cosworth.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here