Sudah jatuh ditimpa tangga, seorang wanita berkongsi selepas berpisah dengan suami kenderaan yang dibelinya menggunakan pinjaman atas nama adik ipar diambil keluarga mantannya.
Pengguna Facebook Zura Putra itu menjelaskan keluarga bekas suaminya datang bersama pihak polis bagi mengambil Mitsubishi Xpander berwarna putih berkenaan.
Mereka ingin mengambil kereta tersebut untuk dijual dan hasilnya akan diberikan kepada wanita tersebut.
“Laku berapa ribupun, kena terima. Dengan sesenpon tiada nak dahulukan duit,” tulisnya.
Dia menjelaskan urusan pinjaman sewa beli MPV tersebut menggunakan nama adik iparnya, namun bayaran deposit sebanyak RM15,000 dan bulanan sepenuhnya dikeluarkan oleh wanita berkenaan.
Berdasarkan persetujuan lisan antara kedua-dua pihak selepas dua tahun barulah mereka akan menukar nama hak milik kenderaan tersebut.
Zura memberitahu namanya tersenarai di bawah Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) yang membuatkan dirinya tidak layak memohon pinjaman bank.
“Aku mampu bayar, demi keselesaan anak-anak, cuma namaje blacklist tak boleh guna nama sendiri buat loan.
“Dan family belah sana jugak yang setuju bagi guna nama bekas adik ipar, aku tak pernah mintak dan paksa, diaorang rela hati dan aku keluarkan duit sendiri,” katanya.
Bagaimanapun, selepas beberapa bulan kereta diterima jodohnya tidak panjang bersama suami dan mereka berpisah.
HAK MUTLAK PEMILIK
Walaupun ada perjanjian antara wanita itu dan pemilik kenderaan asal, adakah ia sah dari segi undang-undang?. Ya, kedua-dua pihak boleh buat surat perjanjian dan ada juga membuat stamping.
Tetapi perlu tahu, pemilik asal memiliki kuasa mutlak ke atas kenderaannya selagi nama pemilik tidak ditukar. Bila-bila masa dia boleh mengambil semula kenderaan dan perlu diserahkan semula.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar
Sya pernah nak report polis pasal kerera sya yg dijual atas sambung byr tidak dibayar oleh pemilik baru. Polis ckp xde undang2 utk mereka tarik kereta tersebut. Jika sya rampas kere tersebut dlm rmh dia sendiri, sya akan kena tindakan menceroboh pula. Akhirnya setelah kereta itu rosak teruk baru dipulangkan kpd sya. Sedih…. sgt2….