Geram motor kena tarik, wanita ini pecahkan bahagian depan guna batu

1641

Sebelum memutuskan untuk membeli kenderaan secara ansuran sebaiknya periksalah dahulu kemampuan kewangan. 

Jika culas, maka ada risiko yang perlu ditanggung.  Seperti yang berlaku di negara seberang apabila pemilik motor pula yang mengamuk tidak terima motornya ditarik. 

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

A post shared by Fakta Indo | Berita Indonesia (@fakta.indo)



Pemilik Honda Beat berwarna merah itu dirakam sedang mengamuk membawa batu. Dia kemudian memukul badan skuter merah berkenaan sehingga nombor plat tercabut dan bahagian depan kemek serta lampu utama juga pecah.

Emak-emak berambut panjang itu tampak mengomel emosi ketika menghentakkan batu pada bahagian depan motor. 

Setelah puas merosakkan motor berkenaan, wanita tersebut beredar dari tempat kejadian bersama anak perempuannya. Difahamkan kejadian itu berlaku kerana dia tidak terima motornya ditarik.

“Tak terima ditarik oleh leasing, seorang ibu-ibu rusak motornya sendiri,” tulisnya.

Video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen seberang antaranya:

“Minta kredit tapi gak bisa bayar, gimana sih buk.”

“Bayar bu makanya.”

“Kenapa ga di miringkan aja supaya semua motor jatuh.”

“Motornya gak salah yang salah itu otaknya.”

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here