Hiroshi Tamura: Lelaki di sebalik Nissan GT-R

2854

Hiroshi Tamura ibarat sesuatu yang bertentangan. Dia ialah seorang lelaki di sebalik Nissan GT-R kerana dia nampak seperti eksekutif perniagaan biasa yang membawa nama Nissan GT-R di sebalik sut dan tali lehernya. Tetapi di dalam perisai korporat itu tersimpannya satu ketaksuban seperti anak kecil apabila dia mula menerangkan perkara seperti rekaan dalaman dan aliran udara belakang kereta.

Jawatan

Jawatan rasmi Tamura ialah ketua pakar produk untuk GT-R, dan dia mempunyai kisah seperti cerita dongeng kaki kereta. Kali pertama dia terlihat kereta sports Nissan, ia cinta pandang pertama. 



“Saya mula nampak kereta lumba Nissan Skyline GT-R semasa berumur 10 tahun. Ia memberi kesan besar dan saya terus berazam untuk bekerja di Nissan dan membangunkan GT-R”, katanya. 

Imej: Carguide.Ph

Dia merealisasikan impiannya apabila menyertai Nissan pada 1984. Pada 1997, dia ditugaskan di pasukan pembangunan GT-R semasa era R33. Tamura terlibat secara langsung dalam merekabentuk setiap generasi dari R33 hingga R35 hari ini. Dia juga mempunyai penglibatan dalam model Nissan lain seperti Maxima.

Jika anda tanya Tamura model atau generasi GT-R paling dia sukai, dia tidak akan mampu memberi jawapan. Seperti seorang ayah, dia merupakan lelaki di sebalik Nissan GT-R dan menganggap setiap kereta yang dihasilkannya seperti anak-anaknya sendiri dan menyayangi mereka semua sama rata. 

Imej: Carguide.Ph

Dia berkata, “Saya membeli sebuah Nissan Skyline GT-R pada 1989, tetapi pada masa itu hanya sebagai seorang peminat. Kini saya perlu hasilkan impian itu untuk pembeli. Ianya lebih serius dan tugas yang sangat sukar.” 

Imej: GTR Heritage

Kereta Tamura, sebuah Nissan Skyline GT-R R32 masih bersamanya hingga hari ini. Mulanya, dia berpendapat kereta itu sungguh sempurna dan dia tidak lakukan apa-apa perubahan. Setelah suatu “perbincangan”, Tamura membuat sedikit perubahan.

“Keseimbangan terbaik sistem casis dengan prestasi” menjadi falsafah berterusannya untuk modifikasi dan rekabentuk.

Falsafah ini dibawa untuk GT-R terkini yang dihasilkannya. Dengan enjin 3.8-liter 24-injap V6 turbo berkembar, R35 tidak kekurangan kuasa. Untuk model terkini 2017, ia mempunyai struktur badan lebih tegar dan suspensi baru untuk memberikan gaya pemanduan lebih lancar apabila pendikit minyak ditekan.

Tamura menyimpulkan: Suspensi tidak lembut. Ia patut begitu. Sebagai contoh, jika anda menambahbaik kuasa pecutan, anda harus meningkatkan kuasa memberhenti dalam sistem brek, dan seterusnya. Kereta yang seimbang adalah kereta yang seronok dipandu.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here