Bolehke guna telur mentah tutup lubang radiator bocor? Ini jawapannya…

2514

Sebelum ini tular di media sosial apabila seorang pengguna TikTok berkongsi menggunakan telur bagi menyelesaikan masalah kebocoran pada tangki radiator.

Pemilik BMW itu dikatakan dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur dari kampung. Dia menyedari suhu kenderaan naik mendadak. Setelah melakukan pemeriksaan, dia menyedari penutup komponen tersebut hilang kerana lupa menutupnya. 



Kemudian, datang seorang lelaki menghulurkan bantuan menggunakan dua biji telur bagi menyelesaikan masalah berkenaan.

Wanita itu selamat tiba ke rumah tanpa masalah dan kenderaannya masih boleh bergerak dengan baik walaupun sudah dua hari telur berkenaan di dalam radiator.

Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi dan perdebatan dalam kalangan netizen. Bagaimanapun, ada dalam kalangan pengguna media sosial berkongsi hanya golongan ‘otai’ sahaja mengetahui tentang tips itu, terutamanya dalam kalangan pemandu lori. 

Susulan perkongsian itu, pengguna Facebook Dr Aid Fawzal menjelaskan situasi yang bakal berlaku apabila menggunakan telur ke dalam radiator. 

Jelasnya boleh menggunakan telur bagi mengatasi masalah kebocoran dan tips itu hanya diketahui orang lama. Tetapi penyelesaian sementara itu sebenarnya akan menimbulkan masalah yang lain sekiranya kenderaan tidak dibawa terus ke bengkel. 

“Telur keadaan asalnya cecair apabila terkena haba akan jadi pepejal. Apa yang berlaku dengan pepejal itu apabila berlakunya kebocoran pada radiator. Bocor akan ada perbezaan tekanan. 

“Bahagian dalam ini (radiator) panas tekanan tinggi, dekat luar tidak panas sangatlah berbeza dengan suhu dalam, jadi sejuk tekanan rendah. Jadi ia akan menyembur, lubang yang menyembur tadi akan menarik partikel telur yang dah jadi solid untuk tutup lubang bocor,” jelasnya. 

Tambahnya, akan timbul masalah lebih besar apabila menggunakan telur yang mana bukan hanya pepekal itu akan berada pada radiator bahkan ‘sup telur’ itu akan melekat pada pam air termostat dan enjin.

“Lepas sampai ke bengkel perlu tembak air bersihkan semua dalam dan kena guna enjin flush,” kongsinya. 

Aid Fawzal berkongsi pengguna boleh menggunakan RadWeld bagi mengatasi masalah radiator bocor. 

“Konsepnya sama dengan telur tetapi cecair Radweld ada zarah tembaga. Apabila kena kepanasan tembaga ini mudah lentur dan mudah dibentuk.

“Sisebabkan partikel yang halus itu akan masuk ke dalam radiator, jadi dia akan jadi lembut sama konsep dengan telur bezanya apabila zarah tembaga pergi pada lubang yang bocor, ia akan tutup lubang dan mengeras kerana sifatnya logam,” katanya. 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here