Agong, permaisuri naik bas khas hadiri Istiadat Pemakaman Ratu Elizabeth II

2774

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan mencemar duli menaiki bas bersama Baginda Raja-Raja dan Ratu-Ratu serta ketua-ketua negara asing.

Keberangkatan baginda berdua itu bagi menghadiri Istiadat Pemakaman Negara mendiang Ratu Elizabeth II di London, United Kingdom.

Istana Negara dalam satu kenyataan di Facebook memaklumkan Seri Paduka Baginda berdua turut berkenan menaiki bas bersama Raja-Raja dan Ratu-Ratu serta ketua-ketua negara asing untuk berangkat menghadiri Majlis Resepsi Baginda Raja United Kingdom, Raja Charles III, dan Istiadat Penghormatan Terakhir mendiang Ratu Elizabeth II di London pada 18 September lalu.



Raja-Raja dan Ratu-Ratu negara asing yang berangkat menaiki bas untuk ulang-alik semasa majlis dan istiadat-istiadat tersebut termasuk Baginda-Baginda Raja Philippe dan Ratu Mathilde (Belgium); Raja Felipe dan Ratu Letizia (Sepanyol); Raja Carl XVI Gustaf dan Ratu Silvia (Sweden), Raja Abdullah dan Ratu Rania (Jordan) serta Raja Belanda Willem-Alexander dan Ratu Maxima.

Baginda Maharaja Jepun, Maharaja Naruhito, dan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah juga berkenan menaiki bas istimewa yang telah disediakan oleh Kerajaan United Kingdom bagi memudah dan melancarkan pergerakan ke majlis dan istiadat tersebut. 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here