Perodua Kelisa laku keras, harga semakin mahal

2425

Ramai kalangan peminat kereta mendakwa harga kereta Perodua Kelisa semakin ‘keras’ dan tidak banyak dijual di pusat jualan kenderaan terpakai. 

Hasil tinjauan di beberapa laman sosial kelab kereta mendapati harga Perodua Kelisa semakin meningkat naik dan sukar untuk mendapatkan kereta tersebut di bawah harga RM10,000 ketika ini.



Di bahagian komen mereka mendakwa harga kereta kompak itu semakin mahal kerana sesuai digunakan di kampung mahupun bandar. 

Selain daripada jimat minyak, ia juga mudah parkir, alat ganti murah, serta casis badan yang lebih tegap dan kukuh berbanding model pengganti iaitu Perodua Viva mahupun Perodua Axia.

Dakwa pengguna lagi, kebanyakan alat ganti Kelisa senang diperolehi, murah dan banyak kedai potong (halfcut) menjualnya.

Jadi tidak hairan kereta yang digelar sebagai ‘Mini Cooper’ Malaysia itu semakin laku di pasaran ketika ini.

Berkongsi pengalaman menggunakan kenderaan itu, seorang pengguna dikenali sebagai Abu K-car berkata, dia menggunakan kereta tersebut hampir 10 tahun.

Katanya, kereta itu tidak pernah mendatangkan banyak masalah kepadanya dan hanya perlu selenggara mengikut jadual yang ditetapkan.

“Macam alat ganti pula senang dapat, harganya pun murah, halfcut pun banyak jual. Bagi saya kereta ini paling senang ‘jaga’ dan tidak banyak ‘ragam’.

“Sebab itu kereta ini cepat laku kalau jual sampai kedai used car pun jarang jumpa model ini,” katanya.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di:https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here