Ambil kesempatan alasan pelanggan baru, pekerja cuci kereta ‘ketuk’ harga

1563

Perkhidmatan mencuci kenderaan masih lagi mendapat sambutan ramai lebih-lebih lagi dalam kalangan pelanggan yang bekerja kerana dikatakan menjimat masa daripada mencucinya sendiri.

Namun, ada sesetengah kedai yang menjalankan perkhidmatan tersebut mengenakan harga caj terlalu tinggi dan tidak tetap.



Terbaharu, seorang pengguna Facebook, Amsyar Misran meluahkan rasa hairan apabila isterinya memberitahu caj mencuci bagi sebuah kereta sedan yang dikenakan adalah RM35.

Lebih mengejutkan, harga cucian sebenar yang dikenakan adalah sekitar RM10 hingga RM15 mengikut saiz kenderaan.

“Bila tanya mulut, untuk kereta sedan hanya RM10, dan kalau besar sikit antara RM12 hingga RM15 sahaja.

“Apabila ditanya kenapa caj mahal, alasan pekerja sebab isterinya pelanggan baharu dan tak tahu harga,” katanya.

Sehubungan itu, pemilik kedai berkenaan memulangkan semula baki RM25 kepadanya.

Menjengah ke ruangan komen pula, rata-rata orang ramai pernah mengalami pengalaman yang hampir sama apabila kebanyakan pekerja asing di sana mengambil kesempatan mengenakan caj tinggi kepada pelanggan demi kepentingan sendiri.

“Saya pernah kena, selalu basuh dalam RM12 sahaja, tapi satu hari tu dia kenakan sampai RM18, bila saya tegur dan bantah, baru dia minta maaf kata terlupa harga, macam itu pun ada alasan, tengok muka memang pekerja lama,” kongsi Shaafiq.

Katanya, sebelum ini dia pernah menghantar keretanya cuci di kedai sekitar tempat tersebut, namun harganya berbeza dan lebih murah.

“Saya pernah juga hantar di kedai sekitar sana tapi harga tak sampai RM20 pun, isteri saya hantar di kedai ini dia minta RM35 hanya untuk cuci luar dan dalam. Cara cucian hanya biasa,” katanya. 

Menurut Amsyar, dia bertindak berjumpa semula pekerja di kedai tersebut dan turut bersemuka dengan pemiliknya.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here