MPV Geely Jiaji dilancar, pengganti Proton Exora?

8024

Geely Jiaji telah dilancar di pasaran China, dengan harga $14,880 hingga $32,710 (RM60,837 hingga RM133,735).

MPV itu ditawarkan dengan empat pilihan powertrain merangkumi enjin pembakaran dalaman biasa, MHEV (mild hybrid) dan PHEV (plug-in hybrid):



  • 1.5-liter turbo dengan 177hp dan 255Nm
  • 1.8-liter turbo dengan 184hp dan 300Nm
  • 1.5-liter turbo 48V MHEV dengan 190hp dan 300Nm
  • 1.5-liter turbo PHEV dengan 258hp dan 385Nm

Untuk transmisi, 1.5-liter turbo dipadankan dengan manual 6-kelajuan dan 1.5-liter turbo MHEV dengan DCT 7-kelajuan. Untuk 1.8-liter turbo pula, ia mendapat automatik 6-kelajuan sama seperti Proton X70 (Geely Boyue).

Rekaan luar Jiaji ini menampilkan gril “expanding cosmos” yang menjadi identity Geely, lampu LED dengan LED DRL empat bar, lampu kabus LED dan kemasan krom dengan tulisan “Geely”.

Di dalam, beberapa bahagian seperti papan pemuka, panel meter dan panel dalaman pintu mirip seperti Proton X70.

Tempat duduknya boleh dikonfigurasi enam atau tujuh tempat duduk dengan pilihan 2/2/2/, 2/2/3 atau 2/3/2.

Jiaji mendapat unit hiburan dengan skrin sesentuh 12.3-inci. Ia menyokong Apple CarPlay dan sambungan internet 4G.

Di Malaysia, Proton Exora telah mencecah umur lebih 10 tahun dengan pelbagai kemaskini diberikan. Adakah Geely Jiaji ini bakal menjadi pengganti MPV Proton itu?

Jika ya, kami amat yakin bahawa varian 1.5-liter turbo dan 1.8-liter yang akan dibawa masuk. Kemungkinan untuk varian MHEV dan PHEV dibawa masuk agak tipis kerana faktor harga.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here