Yamaha RX-Z kini menjadi rebutan anak muda dan harga jualannya juga semakin ‘keras’ bahkan ada yang menganggap tidak masuk akal.
Untuk mendapatkan RX-Z dengan kondisi yang baik didatangkan dengan mahar yang tinggi. Jadi tidak hairan ada dalam kalangan peminat motor berkenaan rela menukarnya dengan aset yang bernilai misalnya sebidang tanah.
Baru-baru ini, pengguna Facebook Jibril Bikerz Garaj meluahkan rasa kesal apabila kondisi RX-Z yang ingin dibeli bukanlah seperti diharapkan.
Dia berkongsi di ruangan komen yakin RX-Z tersebut dalam keadaan baik selepas mengetahui pemilik berusia 50 tahun.
“Otai umur dekat 50 tahun, geran pink A4 lagi, terus rasa confident..mesti bare molek, free accident katanya..last-last kena sembang, burn depo RM100,” tulisnya.
Dia hanya mengetahui kondisi motor selepas menunggang uji RX-Z berkenaan dan mendapati bahagian hendal dan badan tidak selari.
“Bengkok kekanan..body kiat. Kick starter sangkut dengan kabel tight, hmm kena lagi. RX-Z ke-18 pergi tengok, sia-sia lepas solat subuh bertolak, ingat strike dah.
“Orang jual RM15k, dia pun nak jual RM15k..harga bangsawan tapi kondisi ampun kelaut. Kadang-kadang dah muak pergi hunting RX-Z ni, banyak seller sembang,” katanya.
Lebih kecewa pemilik mengiklankan jentera berkenaan bebas kemalangan namun selepas diuji mendapati bahagian badan patah walaupun kondisi motor dalam keadaan baik dan hampir 90 peratus barangannya masih asli.
Dia juga mendapati cover set sudah retak dan fairing lampu depan berada dalam keadaan kurang baik. Jibril menganggap perjalanannya ke Pahang itu membuang masa dan tenaganya serta hampir berputus asa kerana masih tidak menemui RX-Z yang masih OK.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar