Kereta yang rendah memiliki kelebihan pusat tarikan graviti yang lebih tinggi dan membantu meningkatkan kestabilan sewaktu pemanduan laju.
Jentera yang ‘bantut’ ini juga ada kelebihan untuk melepasi palang tol dan palang memasuki tempar meletak kenderaan. Cumanya, jika berbuat demikian untuk menjimatkan bayaran, ada kamera yang masih mengawasi perbuatan itu.
Di sini, ada 15 buah kereta terendah dunia hasil komplikasi Motor1.com. Ternyata model-model yang tersenarai bukannya produksi skala besar-besaran dan mereka yang masih memilikinya boleh tersenyum panjang lebar.
1. Alfa Romeo 33 Stradale
Hanya 18 unit jentera perlumbaan buatan tangan ini dihasilkan di dunia. Ia menggunakan enjin petrol V8 engine yang menjana kuasa 230hp. Ketinggiannya cuma 99 sentimeter (sm).
2. Aston Martin Bulldog
Aston Martin Bulldog ini sebuah prototaip yang sepatutnya tersenarai sebagai sebuah model pengeluaran dengan pembinaan 25 unit sahaja. Namun, ia gagal dihasilkan akibat kos yang tinggi. Ketinggiannya cuma 1.09 meter (m).
3. BMW M1
Sebuah supercar paling ikonik era 70-an. Ada 456 unit dibina. Ia menggunakan enjin enam silinder dan menjana 277hp. Ketinggiannya ialah 1.14m.
4. Ferrari 512 S Module Concept
Direka oleh Pininfarina, jentera yang dipasang enjin V12 dengan ledakkan 550hp ini adalah setinggi 93.5sm.
5. Flatmobile
Menurut buku Guinness Book of Records, jentera in pada tahun 2008 menjadi kereta paling rendah dengan catatan 48sm.
6. Ford GT40
Ini adalah sebuah model ikonik Ford. Namanya ialah Ford GT40 yang melambangkan ketinggiannya sebanyak 40 inci (1.01m).
7. Lamborghini Miura
Miura ini antara model Lamborghini yang semakin sukar ditemui. Ketinggiannya ialah 1.05m.
8. Lancia Stratos Zero Concept
Prototaip buatan tahun 1970 ini cuma 84sm tinggi.
9. McLaren F1 GTR Longtail
Ada tiga unit dibina untuk kegunaan atas jalan oleh McLaren pada 1997. Ia cuma setinggi 1.2m.
10. Mercedes-Benz CLK GTR
Model versi jalan raya ini dibina pada akhir tahun 1990-an dan menggunakan enjin 7.3 liter V12 AMG sama seperti Pagani Zonda. Ia menjana 730hp. Ada 26 unid dibina membabitkan coupe dan roadster. Ketinggiannya ialah 1.16m.
11. Nissan R390 GT1
Nissan hanya membina satu unit kegunaan jalan raya ini untuk menakluk gelaran 24 Hours of Le Mans pada lewat 90an.
Ini membawa kepada kelahiran model Nissan R390 Road Car dengan enjin 3.5 V8 dwiturbo menjana 560 hp. Buat masa ini, kereta itu diperam dalam muzium di Jepun. Ketinggiannya ialah 1.14m.
12. Porsche 550 Spyder
Kereta sport ini dibina untuk perlumbaan pada tahun 1953 dan menggunakan enjin boxer empat silinder 1.5 liter dengan penjanaan kuasa sebanyak 110hp. Beratnya hanya 550 kilogram dan setinggi 98sm.
13. Porsche 911 GT1
Model Straßenversion (street version) ini dihasilkan sebanyak 25 unit dan dipasang enjin dwiturbo 544hp. Ia cuma setinggi 1.14 meter.
14. Porsche 917K
Ini sebuah jentera lumba tulen dengan enjin 4.9 liter V12 beserta 630hp. Ketinggiannya hanya 940mm.
15. Renault Sport Spider
Siapa sangkan model roadster yang dihasilkan oleh Renault Sport dan dijual pada tahun 1996 juga berjaya memasuki carta ini.
Dengan setinggi kira-kira 1.25m, ia dipasang enjin petrol 2.0 liter yang mampu menghasilkan kuasa antara 150hp hingga 215hp.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar