Hyundai Sime Darby Motors (HSDM) memperkenalkan tiga varian MPV Staria ke pasaran tempatan sebagai pilihan tambahan kepada model Staria Premium yang dilancarkan Oktober tahun lalu pada harga RM359,000.
3 PILIHAN VARIAN
Jika model Premium ditawarkan dengan tujuh kerusi, MPV Staria (2022) yang baru dilancarkan didatangkan dengan bentangan 10 kerusi menerusi tiga varian
- Hyundai Staria Lite: RM179,888
- Hyundai Staria Plus: RM196,888
- Hyundai Satria Max: RM209,888
*Kesemua harga di atas tidak termasuk insurans bersama waranti standard 2-tahun atau 50,000km perbatuan (mana tiba terdahulu)
*Pilihan naiktaraf (tambahan RM10,000) jaminan 5-tahun atau 300,000km (mana tiba dahulu) + 3-tahun atau 50,000km (mana tiba dahulu) servis percuma.
ENJIN
Hyundai Staria dijana oleh enjin 2.2 CRDi diesel yang menghasilkan kuasa 177PS @ 3,800rpm dan tork 431Nm @ 1,500-2,500rpm.
Penghantaran kuasa ke roda depan disalurkan menerusi transmisi automatik 8-kelajuan dengan empat mod pemanduan Smart, Normal, Eco dan Sport.
CIRI KESELAMATAN
Demi ketenangan minda pemilik semua varian didatangkan dengan ciri keselamatan standard enam beg udara, Sistem Brek Anti Kunci (ABS), Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC), Agihan Brek Elektronik (EBD), Pengurusan Kestabilan Kenderaan (VSM) dan Sistem Kawalan Traksi (TCS) bersama Kawalan Bantuan Penghidup Bukit (HAC) serta Isofix.
Sementara Hyundai SmartSense hanya ditawarkan pada varian Staria Max yang merangkumi ciri keselamatan:
- Bantuan Perlanggaran Titik Buta (BCA)
- Bantuan Perlanggaran Trafik Belakang (RCCA)
- Bantuan Kekal Lorong (LKA)
- Kawalan Kruise Pintar dengan Henti dan Mula (SCC)
- Bantuan Perlanggaran Depan (FCA)
- Bantuan Keluar Selamat (SEA)
- Amaran Penumpang Belakang (ROA)
- Bantuan lampu tinggi (HBA)
- Amaran Jarak Parkir (PDW)
- Monitor Pandangan Keliling (SVM)
- Amaran Perhatian Pemandu (DAW)
- Leading Vehicle Departure Alert (LVDA)
PENAMPILAN
Penampilan Staria yang futuristik memberikan aura berbeza dengan pesaing sedia ada menerusi tingkap sisi yang besar dan rekaan yang lebih bersih tanpa banyak garisan badan.
Fascia depan diserlahkan dengan lampu utama LED penuh yang kemudian disempurnakan dengan rim aloi 18-inci bagi varian Max dan 17-inci pada varian Lite dan Plus.
Sementara masuk ke kabin Staria dilengkapi dengan kluster supervisi 4.2 LCD pada varian terendah Lite manakala varian Max dan Plus ditawarkan dengan skrin lebih besar bersaiz 10.25 TFT bersama Rheostat.
Staria Lite ditawarkan dengan kerusi fabrik berwarna hitam manakala Plus menerima kerusi kemasan kulit semi nappa karbon dan Max kemasan kulit nappa berwarna hitam.
Skrin infotainmen 8-inci dilengkapi dengan konektiviti tanpa wayar Apple CarPlay dan Android Auto bersama fungsi bluetooth, MP3 dan AUX serta pengecaman suara.
Jika model Premium ditawarkan dengan sistem audio Bose dengan 12 pembesar suara, varian Lite ditawarkan dengan empat pembesar suara dan hanya varian Max diberikan tambahan dua tweeter.
Selain itu, turut tersedia lapan port USB buat penumpang mengecas telefon pinta mereka.
GALERI
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar