Justin Bieber X Vespa – Warna putih corak api, harga bermula RM28K

1249

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, nama besar termasuk Giorgio Armani, Christian Dior dan Sean Wotherspoon menggabungkan kreativiti mereka dengan skuter Vespa untuk koleksi eksklusif.

Tahun ini tiba masanya untuk kerjasama dengan Justin Bieber, bintang muzik yang terkenal di peringkat antarabangsa dengan berjuta-juta peminat di seluruh dunia.

Apa yang menariknya dengan Justin Bieber X Vespa Sprint ini:

  1. Warna putih bagi semua elemen Vespa Sprint.

2. Corak api yang tertera nama Justin Bieber pada kerangka belakang.



3. Serba putih untuk tempat duduk, pemegang belakang, pemulas pendikit dan rim.

Selain itu, bakal pemiliknya turut menerima beg, sepasang sarung tangan, dan helmet putih bercorak api.

“Saya suka Vespa, dan bekerjasama dengan jenama klasik ini sangat hebat. Ia Mampu mengekspresikan diri saya, sama ada melalui seni, muzik, visual atau estetika, dapat mencipta sesuatu daripada tiada – ia adalah sebahagian daripada diri saya,” kata Justin Bieber.

Tiada perubahan berhubung spesfikasi Vespa Sprint itu, ia masih menggunakan enjin 150cc yang mengikut peraturan alam sekitar terkini. 

Ia menggunakan meter TFT pelbagai fungsi yang sangat moden, selari dengan semua fungsi telefon pintar. 

Lampu Led Penuh dan rim roda 12” yang menakjubkan adalah hasil terbaik dari gaya gabungan dan teknologi.

Memandangkan ia satu produk yang eksklusif, skuter Justin Bieber X Vespa itu dijual bermula RM28,000 termasuk skrin hadapan, kotak putih Vespa dengan sandaran belakang dan sokongan.

Galeri Gambar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here