Honda Civic RS e:HEV buka untuk tempahan – Kuasa luar biasa, Civic turbo pun kena tapau!

1653

Selepas memperkenalkan Honda Civic generasi ke-11 dengan enjin 1.5 VTEC turbo pada awal tahun ini, kini tiba pula giliran enjin hibrid diperkenalkan untuk pasaran Malaysia.

Ya betul versi hibrid, anda bukan salah baca! Honda Malaysia membawa Honda Civic 2.0L e:HEV yang digelar sebagai model ‘Smart Sport’ dalam barisan kenderaan segmen C itu. Ia bukan model biasa-biasa!



Honda Civic 2.0L e:HEV juga menjadi kenderaan pertama Honda Malaysia yang menggunakan enjin itu di negara ini.

Berikutan itu, Honda Malaysia menjemput Motoqar untuk menguji jentera itu di Litar Antarabangsa Sepang, baru-baru ini.

Tanggapan pertama, ia mungkin sebuah jentera yang jimat minyak dan tiada  ciri menarik berbanding versi turbo.

Bagaimanapun, selepas memandu ternyata ia sebuah jentera yang sangat berbeza dari segi prestasi dan pengendaliannya.

Anda boleh bayangkan, Civic 1.5 VTEC turbo kena ‘titik’ dengan mudah dalam ‘perlumbaan drag’.

Tonton video di bawah untuk prestasi dan pengendaliannya. 

Rangkaian kuasa

Honda Civic Hibrid ini menggunakan rangkaian kuasa baharu sistem hibrid-penuh e:HEV berkapasiti 2.0 liter yang dibantu dengan dua motor elektrik. 

Ia menyalurkan output 184PS dengan tork setingga 315Nm yang mana kuasa itu disalurkan E-CVT.

Unit Kuasa Pintar (IPU) dilengkapi dengan bateri lithium-ion yang lebih ringan dan Kompak, selain berciri penyimpanan dan pengecasan kecekapan tertinggi.

Apa yang bezanya dari segi luaran

Bentuk luaran sebenarnya masih lagi sama. Varian hibrid itu dilengkapi dengan aksesori RS yang tampak lebih sporty.

Ini perbezaan dengan versi turbo seperti:

  • Logo H kemasan biru dengan e:HEV
  • Kemasan krom pada perumah lampu hadapan
  • Kemasan krom pada bampar hadapan berhampir logo H
  • Kemasan krom dan hitam pada pemegang pintu
  • Bingkai krom pada bahagian pintu
  • Rim 18 inci rekaan baharu
  • Muncung ekzos tunggal (dua untuk versi turbo)

Selain itu, buat kali pertama untuk model Honda ia dilengkapi dengan Key Card dan dilengkap Honda Sensing.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here