The Ultimate Gathering Yamaha & Honda Gegarkan Litar Permotoran Terengganu

1190

“Jenama bukan pemisah, Jenama adalah pilihan untuk bergaya”. The Ultimate Gathering Yamaha & Honda membuktikan kata-kata itu.

Acara yang berlangsung selama dua hari di litar Permotoran Terengganu berjaya menyatukan dua jenama yang gah dipasaran negara kita.



The Ultimate Gathering Yamaha & Honda menceritakan betapa anak muda khususnya pemilik ‘Kapcai’ rindukan perhimpunan motosikal yang sama kelas dengannya.

Acara yang dirancang dalam waktu yang singkat telah mengamit hampir 10,000 pemilik Honda EX-5 dan 2,000 pemilik Yamaha Y15 dan Y16 ke litar permotoran Terengganu.

Terbukti komuniti motosikal 150cc ke bawah harus dihormati.Tiada rasis antara mereka, bertegur sapa,berkongsi pengalaman walaupun jenama motosikal berbeza.

Inilah yang dikatakan Dunia 2 Roda, tanpa mengenal batas usia, agama dan bangsa serta keturunan.

“Diluar jangkaan,” itu yang terpacul dari mulut penganjur Mohd Fazli A.Rahman@Jaafar, bila ditanyakan isu kehadiran ke acara tersebut.

Penganjur – Md Fazli

Timbang tara terhadap majoriti pemilik ‘dwi jenama’ tersohor, Yamaha dan Honda memberikan ilham kepada beliau untuk adakan acara ini. Seramai 30 krew terlibat dalam menjayakan The Ultimate Gathering.

Litar Permotoran Terengganu terletak di Gong Badak merupakan lokasi khusus acara permotoran.

Kemudahan yang terdapat di litar berkenaan memenuhi citarasa peminat acara permotoran. Acara tersebut mendapat kerjasama dari Persatuan Permotoran Terengganu Darul Iman.

Penambahbaikan penganjuran pada waktu mendatang masih boleh diperbaiki sekiranya penganjur mendapat suntikan dana.

Majoriti pemilik motosikal yang hadir sewaktu di temuramah oleh wakil Motoqar berpuashati dengan penganjuran serta tidak serik untuk datang jika diadakan pada tahun mendatang.

Moto Show, Retro Race serta cabutan hadiah bertuah menghiasi acara The Ultimate Gathering.

YB Hj Wan Sukairi Wan Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia dan NGO Negeri turut hadir bagi menutup acara tersebut.

YB Wan Sukairi baju biru kuning menerima cenderahati

“Tak serik,” itu luahan Md Fazli setelah melihat kejayaan acara yag julung kali diadakan.

Kami akan pertontonkan kepada pengunjung apa yang dimaksudkan ‘Negeri cantik,Budaya Menarik dan Orangnya baik-baik,”            

 

 

 

 

 

 
 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here