Takut sesat lagi jauh, pemandu Myvi pandu lawan arus

941

Gara-gara terlepas simpang keluar lebuhraya dan bimbang tersesat, pemandu wanita sanggup memandu melawan arus dalam kejadian video yang tular Selasa lalu.

Wanita yang memandu Perodua Myvi secara melawan arus di KM31.2 Lebuh Raya Utara Selatan menghala ke Kulai itu ditahan semalam oleh pihak berkuasa.



Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow berkata, wanita berusia 35 tahun itu ditahan pada jam 1 tengah hari di sebuah pangsapuri di kawasan Kangkar Pulai, Skudai, Johor.

“Pemandu memberitahu terlepas simpang Senai utara, bimbang tersesat lebih jau dia mengambil keputusan patah balik.

“Pemandu yang kurang pengalaman menggunakan jalan lebuh raya juga dipercayai menjadi punca kejadian,” katanya. 

Suspek telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kulai untuk tindakan lanjut dan pihak berkuasa merampas sebuah Perodua Myvi berwarna putih.

Kes disiasat di bawah Seksyen 42 (1) APJ 1987, jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda tidak kurang daripada RM5,000 dan tidak lebih daripada RM15,000.

Selasa lalu, tular sebuah video berdurasi 11 saat memaparkan sebuah Perodua Myvi bergerak melawan arus dengan memasang lampu kecemasan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here