Kerja keras, Honda Beat rider kurier patah dua

1555

Akaun TikTok @jabon.id berkongsi insiden motosikal seorang rider penghantar barang patah dua ketika sedang bekerja. 

Kejadian yang berlaku di Indonesia itu diduga kerana muatan barangan yang berlebihan dan penunggang yang dikenali sebagai Pak Yunus itu bekerja sebagai penghantar barang Anteraja.



Perakam video menjelaskan awalnya dia dihubungi Pak Yunus meminta bantuan dan sebaik tiba di lokasi dia terkejut melihat lantai skuter Honda Beat yang patah dua. Sementara itu, rakannya sedang memindahkan barangan pelanggan dari motor.

“Harus nyari dukun patah tulang nih, wkwk,” tulisnya.

Jika diperhatikan kotak membawa barangan di kiri dan kanan motosikal berkenaan penuh dengan barangan pelanggan. 

@jabon.id

mungkin dia lelah #anteraja #kurir #kuriranteraja #kurirpaket #ekspedisi #fyp #anterajamksr0 #mksr0 #pastibawahepi

♬ Sang Dewi – Lyodra & Andi Rianto

Selepas insiden itu, motosikal berkenaan dibawa ke bengkel untuk baikpulih yang mengambil masa tiga hari kerana kerosakkan yang teruk. 

Sebaik siap dibaikpulih Pak Yunus bekerja semula menghantar barangan pelanggan.

“Udah sembuh lagi, moga ga patah tulang lagi kawan tukang urut mahal, ahahah,” tulisnya.

Berdasarkan di ruangan komen difahamkan kos baikpulih motosikal Pak Yunus mendapatkan derma daripada @gerakmenebarkebaikan dan motornya juga sudah diperbaiki total oleh @anteraja.id.

Selain itu, netizen Indonesia juga mempersoalkan kualiti pembuatan motosikal jenama Honda tersebut. Bahkan itu bukanlah kejadian pertama skuter Beat patah dua. 

“Salah satu kelemahan honda beat, casis underbonex berdiameter sangat kecil, jadi gampang terlipat dan patah sambungan,” kata salah seoarang netizen. 

Sementara itu, dalam satu video yang dikongsi @jabon.id menunjukkan seorang pemilik bengkel menjelaskan punca kejadian sedemikian boleh berlaku.

@prihata_motor

Ngeri juga 😅 sayang gak bisa di stich #prihatamotor

♬ suara asli – PrihataMotor – PrihataMotor

Jelasnya, insiden itu berlaku bukanlah kerana membawa muatan yang berat mahupun berlebihan.

“Perhatian kepada pembeli motosikal terpakai, patah itu kerana kerangkanya keropos (reput), ini yah rata-rata rangkanya karat terus keropos.

“Gue lihat ini sudah kotor bangat kemungkinan besar karatan dan keropos. Biasanya motor-motor plat utara, Jakarta Utara yang dekat dengan air laut.

“Udah dekat dengan air laut motornya jarang dicuci, karatan makin lama jadi keropos. Udah keropos lo pake apa lagi bawa beban jadi patah kaya gitu,” jelasnya.

Pesanannya buat pemilik motosikal yang berada berhampiran daerah laut agar sering mencuci motosikal bagi mengelakkan komponen motosikal cepat reput dan berkarat.

 

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here