“Awalnya nak beli Alza, lepas miliki Exora rasa lebih berbaloi,” pemilik Exora RC2

17411
Setiap individu memiliki selera yang berbeza apabila ingin membeli kenderaan. Perkara utama yang diberi perhatian tentulah mengikut keperluan dan bajet individu berkenaan.
 
Bagaimanapun mengikuti peredaran semasa ciri keselamatan yang ditawarkan pada kenderaan perlu dititikberatkan dan bukan sekadar penampilan dan jenama.
 
 
Bagi pemilik akaun Facebook Idris Didy yang baru saja memiliki Proton Exora RC2 selama empat bulan berpuas hati dengan pilihan berkenaan walaupun awalnya dia merancang ingin membeli Perodua Alza.
 
Dia yang berkongsi perjalanan memilih MPV Proton di grup Facebook EOCM (EXORA OWNERS CLUB MALAYSIA) itu berkata Proton Saga FLX yang telah habis bayar rosak teruk akibat banjir tahun lalu.
 
 
“Dah repair pun still ada yang tak ok, dah rasa tak confident nak bawak, so kene cari kereta baru dengan cepat..mind set masa nak beli kereta baru yang ada waranti, besar dan murah (mampu bayar bulanan).
 
“Sebenarnya first dalam fikiran, nak beli Alza old model masa tu, tapi Perodua cakap memang dah tak keluar lagi new stock sebab stop production, nak tunggu Alza baru masa tu Perodua cakap masih belum dilancarkan lagi dan hargapun masih tak tau,” jelasnya. 
 
Dia juga berasa lega tidak mengikuti saranan pembantu jualan Perodua untuk menghantar permohonan pinjaman menggunakan harga Alza lama.
 
 
Oleh kerana Idris begitu memerlukan kenderaan, dia memutuskan membeli Proton Exora walaupun mengetahui tentang isu hos penyejuk minyak (OCH). 
 
“So far dah masuk empat bulan lebih pakai ni..alhamdulillah, memang berpuas hati setakat ni dari segi power, function, handling dan sesuai utk kami sekeluarga..harap sangat tiada sebarang masalah besar,” kongsinya.
 
Idris juga berpendapat Exora lebih berbaloi daripada segi saiz dan pemilikkan selepas melihat penampilan dan harga Perodua Alza (2022). 
 
 
 


APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here