Proton Suprima S finalis akhir Hot Wheels Legends Tour (2022), ayuh rakyat Malaysia undi bermula esok

1774

Ayuh rakyat Malaysia beri sokongan kepada William Chong dari Nilai, Negeri Sembilan yang berjaya menyertai peringkat akhir Hot Wheels Legends Tour (2022), rantau Asia Pasifik.

Chong merupakan pemenang Hot Wheels Legends Tour Malaysia yang menggunakan model Proton Suprima. Ini adalah peluang untuk kita melihat kenderaan nasional diubah menjadi kereta mainan skala 1/64 oleh Hotwheels yang akan dijual seluruh dunia.

Justeru itu, undian anda diperlukan bermula esok menerusi laman sosial Instagram Hot Wheels menerusi IG Stories.



Proton Suprima S tersebut menggunakan kit badan lebar JWide iaitu pengeluar sama menghasilkan kit badan lebar Proton X50.

Bahagian kaki menggunakan rim Rays CE28 18-inci dan badan lebih rendah menggunakan suspensi F-Tuned GT Series.

GALERI

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here