Pengguna jalan raya bantu kutip wang terbang RM12k

1260

Berpuluh-puluh pemandu kereta dan penumpang berhenti untuk membantu seorang wanita mengumpul wang tunai berjumlah 100,000 baht (RM12,498) yang bertaburan di atas  jalan di Khon Kaen, wilayah Isaan, Thailand.

Wang itu ditinggalkan di tepi jalan oleh seorang pekerja wanita tersebut tanpa sengaja.



Berdasarkan rakaman video dikongsi pengguna Twitter Sutasinee Buachaban, sebilangan pemandu kereta meletakkan kenderaan di bahu jalan untuk mengutip wang tunai 1,000 baht (RM124.98) di atas jalan.

“Terima kasih kepada semua mereka yang berhati mulia. Saya telah menghubungi polis dan mereka telah memulangkan wang kepada pemiliknya,” katanya.

Menurut wanita itu, seorang pemandu lori secara tidak sengaja meletakkan wang tersebut pada tangga pintu kenderaannya.

Dia kemudian terlupa mengenai wang itu dan terus memandu sehingga menyebabkan wang tersebut berterbangan di atas jalan raya.

Majikan pemandu tersebut, Supornthip Pakdee kemudian mendedahkan bahawa dia mengeluarkan wang berjumlah 100,000 baht (RM12,498) dari sebuah bank dan memberikan  kepada pekerjanya untuk membeli sejumlah sayur akar ubi kayu.

Menurut Supornthip, dia mendapat semula sebilangan besar wang miliknya selepas orang ramai berjaya mengutip sebanyak 92,000 baht (RM11,498) di atas jalan.

Bagaimanapun, wang berjumlah 8,000 baht (RM999.84) lagi dilaporkan hilang. Tambah wanita berkenaan,  dia tidak menyalahkan pekerjanya, namun berasa kesal dengan kejadian itu.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here