Carian di internet akan menemukan anda dengan pelbagai modifikasi luar biasa seluruh dunia.
Tetapi modifikasi pada Proton Wira ini sekali pandang kelihatan biasa tiada apa yang berbeza. Perubahan yang dilakukan oleh pemilik hanya akan anda ketahui apabila bahagian pintu dibuka.
@samthumpret3452 Replying to @MAG
Menariknya cara bukaan pintu Wira depan dan belakang merupakan kacukan daripada jenama supercar Lamborghini dan Tesla.
Perkongsian TikTokΒ @samthumpret3452Β mencuri perhatian apabila dia memilih pintu penumpang belakang acah falcon wing milik Tesla. Sementara, bukaan pintu depan sedan Proton itu pula acah gunting model Lamborghini.
@samthumpret3452 #sam_popular_workshop #sam_workshop #π₯π₯ #fypγ·γviral #π²πΎπ²πΎ #π€π½π€π½ #fyppppppp #2022 #fyp #π¨πΎβπ§π¨πΎβπ§ #wira #4doors #scissordoors
Pada video 58 saat itu, seorang lelaki menunjukkan cara bukaan kedua-dua pintu berkenaan. Menurut pemilik akaun TikTok itu, dia menghabiskan sebanyak RM4,500 bagi modifikasi tersebut.
“Pintu depan RM2,500,” jawabnya di ruangan komen.Β
Video berkenaan mencapai 1.6 juta tontonan yang mana ramai berminat dengan modifikasi pintu sedemikian.
@samthumpret3452 #sam_popular_workshop #sam_workshop #π₯π₯ #fypγ·γviral #π²πΎπ²πΎ #π€π½π€π½ #fyppppppp #2022 #fyp #π¨πΎβπ§π¨πΎβπ§ #wira #scissordoors #4doors #π₯π₯π₯π₯π₯π₯π₯π₯π₯π₯ sudah ade api lagi huhuhuh happy divali β€οΈ
Β