Lelaki ini jana RM6.2k dalam sebulan jual nombor plat haram

2466

Seorang lelaki ditahan kerana menjual nombor plat palsu kepada pemilik kereta di Thailand. Dia yang memperoleh pendapatan lebih THB50,000 (RM6,235) sebulan itu berkata itu cara mudah untuk mencari rezeki.

Pesuruhjaya Polis Diraja Thailand, Damrongsak Kittiprapas mengarahkan siasatan khas nombor plat palsu berkenaan selepas geng pengedar dadah dikesan menggunakan sirip plat untuk menipu polis.



Kemudian anggota polis menemui rumah yang mencurigakan di wilayah Pathum Thani berhampiran Bangkok dan menyerbu premis  itu pada 27 Oktober jam 1.30 petang.

Serbuan itu membawa kepada penemuan nombor plat palsu teksi berwarna kuning dan lebih 300 keping peralatan yang digunakan untuk membuat nombor plat.

Pemilik rumah, Ronnachai, 46 ditahan di tempat kejadian yang mana dia mengakui kesalahannya dan menjadikan ia sebagai kerja sampingan. 

Ronnachai mendedahkan melakukan kerja tersebut selama lima tahun yang mana pelanggannya terdiri daripada pemandu rawak, pemandu teksi, pemandu kereta servis di lapangan terbang dan penunggang motosikal.

Dia mendedahkan pelanggan boleh membuat pesanan secara atas talian, telefon mahupun di rumahnya dan tempahan akan dihantar menerusi pos.

Harga bermula pada 1,000 setiap satu dan dia memperoleh lebih RM62,350 sebulan. Menurut laporan, Ronnachai turut didakwa atas kes berkaitan pemilikan senjata api secara haram 11 tahun lalu.

Dalam kes ini, Ronnachai didakwa mengikut Seksyen 265 Undang-undang Jenayah: memalsukan dokumen rasmi. Dia akan berdepan hukuman penjara dari enam bulan hingga lima tahun dan denda THB10,000 – THB100,000 (RM1,247-RM12,470).

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here