Thailand naiktaraf Kawasaki ZX-25R (2023), bakal pasarkan ke negara Asia lain…

1080

Kawasaki Thailand baru saja memperkenalkan versi naiktaraf sportbike ZX-25R (2023) menerusi beberapa pembaharuan.

Beberapa sentuhan moden itu bagi mematuhi regulasi emisi di beberapa negara Asia termasuklah Jepun. Varian SE kini dilengkapi dengan sistem ekzos yang direka semula bagi pelepasan emisi lebih rendah.



Bahkan, ia juga didatangkan dengan paparan skrin TFT warna penuh yang kini dipadankan dengan konektiviti telefon pintar binaan dalam. Kini pemilik ZX-25R boleh menggunakan aplikasi Rideology.

Di samping itu, sportbike berkenaan ditawarkan dengan lampu selekoh LED dan naiktaraf talaan suspensi depan.

Sayangnya, model itu tidak dilengkapi dengan Quickshifter seperti edisi ZX-25RR di Indonesia. Lebih menarik, versi SE itu juga akan dihantar ke beberapa negara Asia termasuk Jepun. 

Adakah versi Thailand itu juga bakal menjadi model bayangan ZX-25R untuk pasaran Malaysia?..

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here