“Tak main lah Ferrari atau Lamborghini…this is my MCLAREN,” Aaron Aziz

2890

Aktor kelahiran Singapura, Datuk Aaron Aziz  berkongsi video pendek bersama sebuah supercar McLaren berwarna kuning di akaun media sosial miliknya. 

“Dah salam maknanya jadi la cita cita saya. Jangan jealous k. Tak mainlah Ferrari atau Lamborghini…. This is my MCLAREN!!!!,” tulisnya pada ruangan kapsyen. 



Perkongsian itu bukan saja mendapat reaksi yang pelbagai daripada netizen bahkan isterinya Datin Diyana Halik turut meninggalkan komen pada perkongsian itu.
 
“Wow Dar, i was away for less than 10 days,” tulisnya.
 
Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan adakah pelakon berusia 46 tahun membeli McLaren 720S berkenaan atau hanya bergambar.
 
Jika diperhatikan video yang dikongsi, Aaron menghadiri majlis malam MAF Red Ribbon Gala dan untuk makluman jenama McLaren merupakan kenderaan rasmi bagi majlis makan malam tersebut. 
 
McLaren 720S Spider diperkenalkan di Malaysia pada tahun 2019 berharga sekitar RM1.2 juta. Supercar itu merupakan versi convertible 720S Coupe.
 
Ia didatangkan dengan enjin M840T 4.0 liter twin-turbo V8 yang menghasilkan kuasa 710hp dan tork 770Nm. Penghantaran kuasa ke roda belakang disalurkan menerusi transmisi SSG dua klac.
 
Pecutan dari 0-100kmj dicapai dalam tempoh 2.9 saat dengan kelajuan maksimum 341kmj.
 
 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Aaron Aziz (@aarondwiaziz)

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here