Sewa LaFerrari, influencer rosakkan tak sampai 3 saat pandu keluar

4110

Seorang influencer China, Hua Zi tidak bernasib baik apabila kereta sewa Ferrari mengalami kerosakan akibat kecuaian dirinya sendiri. 

Kejadian itu berlaku tiga saat selepas dia memandu keluar supercar tersebut yang terlanggar bucu pelantar kayu tempat duduk. 



Menurut SETN, Hua Zi menyewa LaFerrari daripada seorang selebriti internet yang menggunakan nama, Presiden Ji Meng. Difahamkan dia menyewa kenderaan tersebut untuk dipaparkan dalam video media sosial miliknya. 

Video Bilibili yang dimuat naik pada 30 Oktober itu menunjukkan influencer itu kelihatan tertekan ketika duduk di tepi jalan manakala  seseorang merakam tahap kerosakan LaFerrari tersebut. 

Hua Zi dikatakan tidak sengaja terpijak pedal minyak yang menyebabkan bahagian sisi belakang supercar berkenaan melanggar pelantar kayu tersebut.

Tayar belakang bahagian kanan supercar itu turut tersekat pada bucu patform manakala skirting sisi patah. Tiada pilihan, Hua Zi dengan berat hati menghubungi pemilik kereta dan memaklumkan kejadian yang berlaku. 

Malangnya, dia terpaksa memendekkan penggambaran dan perlu membayar lebih daripada RMB30,000 (RM20,000) bagi ganti rugi. 

Tonton video DI SINI.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here