Pengasas produk kecantikan ini pernah tular gara-gara menayang Lamborghini di Langkawi dan mempamerkan jumlah bayaran tangki penuh supercarnya menggunakan minyak V-Power.
Sebenarnya itu adalah salah satu pendekatan pemasaran produk bagi sebahagian pengasas agar mereka kekal menjadi bualan dalam kalangan pengguna maya selain memperkenalkan produk kepada pengguna.
@farhanazahra91 Hmmm xberbaloi betul , tengok la tu muat 2 juta je duit yg ayunieso bagi , nanti lagi 8 juta yg dia kena bayar cikna nak letak mana ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜ #lamborghini #bodyguard #cikna
Farhana Zahra sekali lagi tular di media sosial yang mempamerkan wang bernilai RM2 juta yang disimpan di bahagian bonet depan.
“Hmmm  tak berbaloi betul, tengokla tu muat 2 juta je duit yang ayunieso bagi, nanti lagi 8 juta yang dia kena bayar Cik Na nak letak mana,” tulisnya.
Dia juga menyatakan pembelian Lamborghini tersebut juga tidak berbaloi kerana hanya mampu memuatkan sejumlah wang yang sedikit.
Di samping itu, video itu juga mendapat perhatian Lembaga Hasil Dalam Negeri yang turut meninggalkan komen, “Noted. Terima kasih yang tag kami ya.”
Video yang mendapat tontonan 1.9 juta itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mempertikaikan tindakan wanita berkenaan yang dikatakan riak.
“Selaku ex banker yang dalam bonet tu tak sampai 2 juta.”
“Baru lambo nak soho doh, acu beli Bugatti eh.”
“Van jenazah bole letak duit tu dalam keranda.”
“WoW.. aku bangga pakai PROTON.”
Â