Honda Insight Gen 1 Tun Mahathir kini milik pemuda dari Kelantan

1088

Honda Insight generasi pertama membuat kemunculan sekitar 2018 dan penampilannya agak konvensional.

Untuk masa kini, reka bentuk kenderaan tersebut agak aneh dan buruk. Kenderaan hibrid tersebut berasaskan model konsep kereta sport hibrid Honda J-VX yang dipamerkan pada Pameran Motor Jepun (1997).



Tahukah anda, sebenarnya ada dua unit Honda Insight di Malaysia. Salah satunya milik mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Honda Insight Gen 1 itu dijual hujung tahun lalu pada harga RM38,800 dan rekod perbatuan hanya 23,000km. Dengan nilai tersebut anda boleh memiliki Perodua Axia baru.

Tetapi mengambilkira sejarah dan pemilik sebelumnya, nilai jualan berkenaan agak murah. Honda Insight dengan nombor pendaftaran WHU 2020 itu adalah satu daripada dua unit yang diimport Honda Malaysia pada 2001 untuk kegunaan penyelidikan dalaman.

Kemudian, menurut Wapcar Insight berwarna merah tersebut diberikan kepada Tun Mahathir dan itu bukanlah kenderaan pertama yang pernah diterima oleh beliau. 

Perdana Menteri interim pada tahun 2020 itu menerima beberapa buah kenderaan yang sebahagiannya di pamerkan di Galeri Sri Perdana.

Difahamkan, unit berkenaan ditinggalkan di ruangan stor Cyberjaya dan setelah disimpan begitu lama Mahathir memulangkan WHU 2020 kepada Honda Malaysia.

Setelah sekian lama menyepi, hujung tahun lalu Honda Insight berkenaan muncul di hantaran Facebook Akash Classic Malaysia untuk jualan. Berdasarkan imej yang dikongsi, kondisi kereta hibrid berkenaan berada dalam keadaan baik.

Bahkan, selepas sebulan Honda Insight itu dipinang pelanggan yang berasal dari Kelantan. Teknologi Honda dalam kereta ini masih menjadikannya cukup hebat.

Dari segi kuasa, output yang dihasilkan tidaklah begitu besar. Enjin petrol tiga silinder siri ECA 1.0 liter menghasilkan kuasa 67hp secara keseluruhan. Dengan padanan motor elektrik 10kW, Honda Integrated Motor Assist, angka itu meningkat kepada 73hp.

Tetapi, kelebihan teknologi Honda adalah enjinnya menggunakan aluminium, magnesium, dan plastik yang ringan untuk membantu menurunkan berat kereta.

Memandangkan ini adalah teknologi hibrid generasi pertama, ia masih tersusun dengan baik. Berbanding dengan Prius pada masa itu, Insight jauh lebih cantik , dengan garisan yang agak futuristik. 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here