Baru-baru ini seorang pengguna TikTok @CallMeManap berkongsi motosikal Yamaha 125ZR miliknya hilang dicuri sekitar Setapak.
Lebih menyedihkan motosikal peninggalan arwah bapanya itu digunakan untuk mencari rezeki dan dia meminta bantuan netizen untuk mencari Yamaha 125ZR dengan coverset perak sabit.
@_callmemanap MOTOR AKU HILANG PLAT JGB 4920 COVERSET SILVER SABIT#fypシ゚viral #fypシ゚viral
“Assalamualaikum, minta jasa baik kamu semua kalau ada ternampak motosikal ini tolong beritahu saya, saya dah menggigil ni nak pergi kerja tengok motor hilang.
“Sesiapa yang terambil minta kembalikan kepada saya sebab motor tu saya guna untuk mencari rezeki,” katanya.
@_callmemanap TERIMA KASIH USTAZ @Ebit Lew ATAS PEMBERIAN TERBESAR YG USTAZ BERI DEKAT MANAP , MANAP AMAT HARGAI DAN SAYANGI PEMBERIAN USTAZ EBIT LEW SEMOGA USTAZ DIPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN DAN DIMURAHKAN REZEKI USTAZ 💜#fyp #allahsayang
Bagaimanapun sehari selepas kejadian, dia sendiri tidak menduga pendakwah terkenal, Ebit Lew datang menemuinya membawa sebuah motosikal baharu.
“Tak tahu nak cakap macam mana aku terharu, sangat terharu, terima kasih sangat pada ustaz Ebit Lew support aku, sanggup datang berikan sebiji motor 125ZR kuning diraja .
“Tak percaya ustaz notice tentang kehilangan motor Manap yang paling Manap sayang arwah ayah bagi,” katanya menambah ingin mendapatkan tandatangan Ebit Lew pada motornya.
Dalam pada itu, Ebit Lew turut berkongsi pemberian motor berkenaan kepada Manap di akaun Facebook miliknya.
“Dari Seremban tadi terus ke Jinjang ziarah adik Manap tular di TikTok menangis sedih hilang motor pemberian arwah ayah dan satu-satunya motor untuk dia pergi kerja.
“Tadi sampaijer dia terkejut. Gembira dapat jumpa. Saya tunjuk motor 125ZR atas lori hadiah untuknya. Menangis manap gembira. Manap dan maknya menangis gembira sangat,” tulisnya.