Axia mogok dan enjin rentung, mekanik terkejut tak pernah hantar servis sejak 2019

4584

Masihkah ada lagi pengguna mahupun pemilik kenderaan tidak mengetahui tentang servis berkala yang perlu dilakukan.

Penulis ingatkan pada zaman kini kisah berkenaan sudah tidak wujud. Ini kerana pernah beberapa tahun lalu rakan penulis seorang wanita tidak mengetahui perlu menukar minyak hitam Proton Saga miliknya.

Mujurlah sedannya tidak pernah mogok di tengah jalan. Jangan terkejut rupanya masih ada lagi pengguna yang tidak mengetahui penjagaan servis kenderaan seperti mana yang dikongsi akaun Tiktok Perodua Penchala. 



Tidak didedahkan jantina pemilik kenderaan namun ketika Perodua Axia berkenaan tiba di pusat servis kakitangan terkejut melihat kondisi bahagian enjin sehingga meminta bantuan pasukan teknikal ibu pejabat Perodua.

Pemilik menghantar Axia (2019) tersebut susulan mogok di tengah jalan. Sebaik membuka bahagian enjin, mereka mendapati bahagian dalam enjin rentung dan terbakar.

@perodua.penchala

sampai patah camshaft ooo #peroduapenchala #peroduakl #peroduadamansara #fypシ゚viral #foryoupage #fypdongggggggg #fyp #perodua #viral #viraltiktok

♬ Sayunk I Love You – Chombi

Selain itu komponen lain misalnya pam minyak tersumbat bahkan aci sesondol juga patah. Lumpur minyak hitam juga berada di merata-rata bahagian enjin.

Selepas menunjukkan komponen enjin yang dileraikan, Perodua Penchala mendedahkan rupanya pemilik tidak pernah menghantar keretanya untuk penyelenggaraan sejak dibeli pada 2019.

Selama dua tahun dan mencapai perbatuan 79,600km, pemilik Axia itu tidak pernah menukar minyak hitam. 

Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi daripada netizen yang mana ramai ingin mengetahui jantina pemilik kenderaan selain berseloroh pelanggan berkenaan membuktikan ketahanan enjin Axia tanpa servis berkala.

“2 tahun dan 79,600km tanpa servis. tu bukan sikit. syabas perodua anda telah buktikan engine anda hebat. tebaekk.”

“Terima kasih pada dia sebab bagi kita data sejauh mana enjin boleh pergi tanpa servis.”

“Kes masuk bengkel sebab breakdown je..Kalau tak breakdown sampai roboh rasenye die bawa.”

“Lori mercedes actrospun servis 55000km..yang nie pecah rekod.”

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here