Peserta Malaysia menang banyak anugerah di Asia Harley Day 2022, Thailand

1727

Harley-Davidson berjaya menamatkan festival Asia Harley Day (AHD) 2022 pertamanya dengan kehadiran lebih 1,600 peserta di Cha-am, Thailand, baru-baru ini.

Ia dihadiri peminat dan pemilik Harley-Davidson dari seluruh Asia termasuk Thailand, Korea Selatan, Filipina, Malaysia, Vietnam, Indonesia, Taiwan, Macao, Hong Kong, India, Guam dan Singapura, selain penyertaan 80 Harley Owner Group (H.O.G.).

Festival selama dua hari itu berlangsung dari 5-6 November 2022 di Triple Tree Beach Resort, pantai Cha-am, Thailand dengan diisi pelbagai program membabitkan konsert muzik, tunggangan uji, pertandingan catatan masa, motosikal kustom dan banyak lagi.



Menariknya, penyertaan peserta Malaysia boleh dikatakan yang teramai yang hadir di festival berkenaan dengan pembabitan H.O.G Petaling Jaya, Penang, Johor Bharu, Route 77 Kuala Lumpur dan Kinabalu.

Lebih membanggakan, H.O.G Petaling Jaya menerima anugerah penyertaan paling ramai yang hadir ke festival AHD 2022. 

Bayangkan, ada yang sanggup menunggang jentera masing-masing ke sana dan sebahagiannya hadir dengan menaiki pesawat ke acara berkenaan. Ia membuktikan sikap persahabatan ‘brotherhood’ dalam H.O.G Petaling Jaya yang kuat!  

Bukan itu sahaja, jentera Harley-Davidson yang dimiliki Vijanyan Sukumaran dari Malaysia turut dinobatkan King of the Kings dalam acara pertandingan motosikal kustom. Jentera itu juga memenangi dalam kategori Touring. 

Dengan bertema teknik cat semburan angin, kemasan krom serta menggunakan rim paling besar di hadapan. Memang wajib menang!

Ini senarai peserta Malaysia yang memenangi anugerah sempena AHD 2022:

  • Best HOG Activation – Perhimpunan Harley-Davidson Terbesar Di Malaysia – DIDI group – H-D Dealers of Petaling Jaya, Penang, Johar Baru dan H-D of Kuala Lumpur
  • H.O.G. Paling Ramai Hadir AHD Brotherhood – H.O.G Petaling Jaya
  • Janggut Terbaik – Ananth, Malaysia
  • Tampalan H-D Terbanyak- Larry Yap, Malaysia
  • King of the Kings Motosikal Kustom- Vijanyan Sukumaran, Malaysia
  • Touring Motosikal Kustom- Vijayan Sukumaran, Malaysia
  • Kelab Motosikal (MC) penyertaan paling ramai di AHD- Shadowfax
  • Kelab Motosikal (MC) penyertaan paling ramai di AHD- Freedom Riders Malaysia

Naib Presiden, Asia Pasifik, Harley-Davidson, Dimitris Raptis berkata, pihaknya kagum melihat komuniti berkumpul sebagai satu dalam festival Harley Days Asia yang pertama diadakan itu. 

“Saya sangat teruja melihat ahli H.O.G, pemilik Harley-Davidson datang jauh ke pantai Cha-Am untuk menyertai festival ini. 

“Keghairahan dan cinta mereka terhadap kebebasan serta pengembaraan adalah yang menjadikan komuniti Harley-Davidson sebagai satu komuniti paling menakjubkan di dunia,” katanya.

Acara yang paling kemuncak AHD 2022 adalah perarakan lebih 350 Harley-Davidson yang bermula dari Taman Rajabhakti, Hua Hin menuju ke tempat festival di Triple Tree Beach Resort, Cha-am. Selain itu ia dimeriahkan lagi persembahan daripada kumpulan muzik terkenal Thailand seperti Ebola, Evolusion, DJ Alpha dan DJ Riviere.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here