Jalan berlubang dan sempit diselesaikan dalam tempoh 24 jam

787

Isu jalan berlubang dan sempit yang melanda penduduk Taman Kuala Perlis sejak sedekad lalu diselesaikan oleh calon bebas Datuk Azahar Ahmad dalam tempoh 24 jam.

Azahar yang bertanding kerusi DUN Kuala Perlis berkata, beliau bertindak atas permintaan penduduk setempat untuk menambahbaik jalan raya di kawasan itu.



“Semasa berkempen di Taman Kuala Perlis, saya difahamkan jalan masuk ke kawasan itu  berlubang dan sempit, sudah 10 tahun mereka memohon agar jalan itu diperbesarkan, tetapi tidak pernah ditunaikan.

“Alasan yang diberikan adalah disebabkan oleh kabel elektrik namun hakikatnya jalan raya bersempadan dengan tanah persendirian. Saya mengarahkan pekerja saya melakukan pembaikan jalan sebaik mengetahui masalah ini.

“Ini bidang kerja saya, jadi saya sudah ada jentera untuk melakukan pembaikan jalan. Saya juga berjumpa dengan Majlis Perbandaran Kangar (MPK) untuk meminta mereka menurap jalan,” katanya.

Azahar bertanding atas tiket bebas menggunakan logo kunci selepas namanya tidak disenaraikan sebagai calon Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Fokus utama beliau pada PRU15 adalah untuk menambah baik infrastruktur di kawasan Kuala Perlis.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here