“Satria tetap selamanya…enjoy,” berjodoh kembali dengan hatchback popular Proton

2640

Dalam segmen kenderaan hatchback Proton, Satria GTi dan Satria R3 dianggap terbaik daripada segi kuasa, aksesori mahupun kit badan.

Majoriti pemilik hatchback tersebut akan tetap setia dan masih menyimpan sehingga kini. Salah seorangnya Akram Ghafar yang berkongsi di grup Facebook Kereta Sebelum Tahun 2000 Official.



Akram berkongsi walaupun Satria sudah berusia namun tetap menjadi jentera idaman dan pilihan waima sudah berganti dengan beberapa kereta moden dengan teknologi dan ciri peralatan lebih maju.

“Satria bernadikan enjin 4g13p (karburetor) tahun 1997, merupakan kenderaan pertama saya, yang dibeli secara ‘second-hand’ daripada arwah sepupu saya.
 
“Inilah kereta idaman sewaktu bujang, daripada hasil wang gaji yang saya kumpulkan bedikit-dikit, dapatlah saya memilikinya. Sempat jugalah ‘disolek’ dan saya ‘upgrade’ ke enjin Mitsubishi 4g91, diiringi kerusi Recaro Njoi yang menawan kalbu,” kongsinya.
 
Satria berkenaan digunakan sejak bujang sehinggalah sudah berumahtangga. Namun, dia terpaksa melepaskan kereta kesayangan kerana melanjutkan pengajian dan bakal menyambut anak sulung.
 
Kemudian, ia digantikan dengan Perodua Kelisa dan sebuah basikal untuk urusan ulang alik ke tempat kerja.
Tetapi, Akram tidak pernah melupakan Satria pertamanya dan setelah memiliki rezeki yang lebih dia memulakan pencarian hatchback Proton tersebut.
 
“Akhirnya saya berjodoh kembali dengan kereta Satria ini. Tetapi model yang lebih lama sebelum kereta pertama saya, yang lebih mengancam, rare dan meruntun jiwa.
 
“Berjaya juga saya dapatkan ‘Satria Mirage’ bernadikan enjin yang sama (Mitsubishi 4g91). Saya baru mendapatkannya pada bulan Mei (2021). Insha Allah, akan saya jagainya seperti mana yang menjaga dan mengasuh jentera Satria saya yang pertama dulu.
 
“Seronok sekali memandu transmisi manual, yang telah lama saya tinggalkan. Kini, dua buah jentera kontinental dari Jerman, sudah beberapa waktu tidak terusik, kerana asyiknya saya dengan nadi dari Timur ini, Satria tetap selamanya…enjoy,” tulisnya. 
 

Kepada yang kurang mengenali, Mitsubishi Mirage Colt generasi keempat menjadi asas kepada model Proton  Satria tempatan sebelum ini.

1 KOMEN

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here