Zero to Heero: Banyak tabung kena pecah nak restore Honda EX-5 ini!

3883

Kalau dah minat memang susah kau nk hindarkan dari racun-racun berbisa ni bro…”

Pengaruh restore di Malaysia memang tidak asing lagi di kalangan peminat tegar dua roda. Model-model lama yang semakin mencanak-canak namanya disekeliling kita antaranya Yamaha RXZ, Honda EX-5, Honda C70, Yamaha 125Z, Suzuki RC, Suzuki RG, Suzuki Pather, Yamaha RD/YP dan banyak lagi. 

Dek kerana semua model itu tidak lagi dihasilkan dan Sudah diberhentikan produksinya oleh pengeluar, maka harganya nauzubillah, yang sampai menukarkan sebuah motosikal dengan sebidang tanah pun ada. 



Apa nak kata kan, minat masing-masing. Yang tak mampu cuma boleh lihat jela. Yang berkemampuan pula cari dan kumpullah banyak-banyak sampai tak muat rumah. 

Honda EX-5 Dream 2007

Ok, berbalik pada paparan kita kali ni, sebuah Honda EX-5 Dream tahun 2007 yang sudah direstore atau dibaik pulih dengan begitu kemas dan menarik pandangan sesiapa sahaja yang melihatnya. Asalnya jentera ini terlalu daif rupanya dan dibeli oleh seorang peminat tegar EX-5 untuk diubah kembali rupanya. Berbekalkan RM1,600, maka jentera yang tidak semenggah rupanya bertukar tangan. Berpindahlah ia dari Batu Pahat ke Melaka. 

Melihat keadaan asalnya memang tiada siapa akan menyangka jentera ini akan berubah seperti yang korang semua dapat tengok sekarang. Kebanyakan alat ganti serta peralatan yang dipasangkan pada jentera ini adalah asli atau pun telah ‘direconkan’ semula. 

Warna asal putih ditukar dengan Mariana Purple. Kemudiannya, dipasang dengan fork hadapan lengkap dari model Yamaha 125ZR termasuklah rim dari model yang sama. Uniknya, pam brek depan yang menggunakan model Ego S dikustomkan dan diletakkan kemas tersorok di bahagian dalam kepala. 

Rim tersebut kemudian dipadankan dengan tayar Maxxis Victra S98 berukuran 80/90 untuk belakang dan 70/90 untuk depan. 

Kemasan Gentian Karbon

Menariknya lagi, mudguard hadapan, penutup ‘fork’ serta penutup dada hadapan jentera ini dibaluti dengan bahan gentian karbon hasil tangan dari Mr Carbon Kuantan. Cengkaman brek belakang pula dipertanggunjawabkan kepada kaliper serta pam original milik Honda Dash V2 yang diubah suai mengikut kesesuaian. 

Sistem suspensi belakang digantikn sama dengan yang asal untuk mengekalkan identiti jentera ini. Besi pemegang belakang jentera ini pula diimport khas dari Vietnam dan dibaluti dengan warna hitam kerana asalnya datang dengan warna krom. 

Untuk enjin, bahagian-bahagian utamanya melalui proses ‘wetblasting’ untuk kelihatan seperti baru. Pelindung bahagian magnet serta klac diwarnakan hitam termasuklah peti pelindung rantai. Enjin jentera ini masih mengekalkan spesifikasi yang asal dan digantikan dengan unit karburator yang baru. 

Skru-skrunya juga digantikan dengan set baru untuk kelihatan lebih menyerlah keseluruhannya. Boleh dikatakan 98% alat ganti yang terdapat pada jentera ini adalah baru dan semestinya yang asli. 

Tempoh masa yang diambil untuk menyiapkan jentera ini hampir 12 bulan dan sudah menelan belanja hampir RM9,000.

Teks dan Gambar: SiPunai aka Faizal Shift (I’m Back!)

Galeri Gambar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here