Kalahkan Argentina, Putera Arab Saudi beri Rolls Royce Phantom kepada pemain

955

Selepas berjaya menundukkan Argentina dengan skor 2-1 pada Piala Dunia (2022) di Qatar, kesemua pemain pasukan kebangsaan Arab Saudi dikatakan menerima hadiah mewah daripada Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman Al Saud.

Dikhabarkan Mohammed Salman akan memberikan Rolls Royce Phantom (2022) yang dianggarkan bernilai USD 460,000 (RM2.07 juta). Berita itu dilaporkan oleh salah satu ahli perniagaan India, Suhel Seth melalui akaun Twitternya.



Rolls Royce Phantom dijana oleh enjin 6749 cc V12 turbo berkembar yang menghasilkan kuasa 563hp dan tork 900Nm. Penghantaran kuasa ke roda belakang disalurkan menerusi transmisi 8-kelajuan. Pecutan 0-100kmj dicapai dalam tempoh 5.1 saat. 

Kemenangan Arab Saudi tersebut mengejutkan dunia melalui sumbangan gol dari Saleh Al Shehri pada minit ke-48 dan Salem Al Dawsari pada minit ke-53. 

Selain itu, The Green Falcons juga memecahkan rekod sebagai pasukan Asia pertama menang perlawanan pembukaan Piala Dunia dan kali pertama menewaskan skuad La Albiceleste.

Putera Mahkota Arab Saudi itu dikatakan memberikan setiap pemain sebuah Rolls Royce Phantom berikutan persembahan cemerlang menentang Argentina.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here