Pasukan Mitsubishi Ralliart juara AXCR 2022 – Pandu Triton spesifikasi hampir dengan kereta pengeluaran

527

Mitsubishi Motors Corporation (Mitsubishi Motors) mengumumkan bahawa Pasukan Mitsubishi Ralliart mendapat kedudukan pertama di perlumbaan Asia Cross Country Rally (AXCR) 2022 yang diadakan 21 hingga 26 November yang lalu.

Pemandunya, Chayapon Yotha menggunakan kereta rali Mitsubishi Triton menempuh perjalanan 1,524 kilometer (km), termasuk 637 km peringkat khas bermasa (SS) yang diadakan di Thailand dan Kemboja.

Chayapon menduduki tempat pertama keseluruhan, dengan jumlah masa 8 jam, 22 minit dan 42 saat, dan pemandu Rifat Sungkar dari Indonesia menduduki tempat kelima, dengan 17 minit dan 14 saat di belakang pendahulu.



Separuh pertama perlumbaan mengambil tempat di Thailand yang terdiri daripada laluan off-road berkelajuan tinggi yang kasar dan tidak berturap, manakala separuh kedua di Kemboja pula lebih mencabar dengan laluan berlopak dan berlumpur akibat hujan lebat.

Pengarah Pasukan Mitsubishi Ralliart, Hiroshi Masuoka berkata, acara AXCR tahun ini, pihaknya membina kebolehpercayaan dan ketahanan Triton yang tinggi dengan menala enjin dan casis dengan spesifikasi yang agak hampir dengan kereta pengeluaran.

Baca juga >> Mitsubishi Triton Knight diperkenal untuk gaya lebih gagah

Baca juga >> Mitsubishi Phantom Plus Edition – 6 sebab kenapa anda perlu miliki trak pikap ini

“Biarpun dengan spesifikasi hampir standard, dua jentera rali Triton itu mampu menawarkan pemanduan yang berkuasa, dan saya amat berbangga dengan keputusan cemerlang kali ini.

“Kami mahu menyalurkan pengetahuan serta memperoleh hasil melalui penyertaan dalam AXCR kembali ke dalam pembangunan kenderaan pengeluaran, dan membina kenderaan Mitsubishi yang lebih baik, berkuasa serta dipercayai,” katanya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here