Baru-baru ini, akaun Facebook Jimmy Pop Store berkongsi video urusan jual beli Yamaha RX-Z dengan pelakon Zul Huzaimy atau lebih mesra digelar sebagai Spark dalam filem Rempit.
Pemilik motor kayangan yang dikenali sebagai Pok Jack itu menjelaskan RX-Z Catalyzer miliknya itu masih mengekalkan komponen asli sepenuhnya.
Perbincangan yang diadakan di tepi jalan sekitar Putrajaya itu menunjukkan Spark berkongsi maklumat bagaimana mengenali komponen RX-Z asli dan bercerita pengalamannya bersama motor tersebut.
“Ada yang sedap pandang sedap tengok ada yang sedap dibawa. Saya ada dua biji RX-Z, sedap bawa tapi hati nak lebih macam sebiji lagi yang ori sedap mata.
“Banyak motor RX-Z yang saya pernah cuba, saya bawa saya test, saya akui moto Pok Jack ni masih dara,” kata Spark.
Setelah meneliti setiap perincian motor dan mencuba, Pok Jack membuka harga jualan sekitar RM45,000 dan harga jualan akhir adalah RM43,000.
“Kalau saya puas hati saya on setakat ni saya tengok kalau Pok Jack offer saya 43 (RM43k) saya rasa saya setuju,” jelas Spark yang membayar secara tunai.
Difahamkan, Pok Jack melepaskan RX-Z tersebut bagi menambah duit untuk projek kereta Volkswagen miliknya.
View this post on Instagram