Seorang penunggang motor yang tertidur di jejantas Jalan Gatot Subroto, Jatiuwung, Kota Tangerang, Indonesia mengejutkan pengguna jalan raya pada waktu pagi.
“Kami dapat laporan dari warga ada orang tidur di atas jambatan pakai motor. Kita datang ke lokasi dan cuba kejutkan penunggang motor tersebut demi keselamatan.
“Penunggang motor dipastikan tidak melakukan jenayah bahkan tindakannya membahayakan diri kerana laluan berkenaan sibuk pada awal pagi sehingga berisiko dilanggar kenderaan lain,” kata ketua polis Metro Tangerang Kota Polda Metro Jaya Kombes Zain Dwi Nugroho.
Difahamkan pemuda berkenaan mabuk dan letih sehingga tertidur di atas motor ketika perjalanan pulang ke rumah.
“Kita bangunin, kita tanya, diduga dia penat dan habis minum juga. Setelah kita kejut, dia berasa sudah segar dan ditanya juga lancar dan normal” jelasnya.
Setelah sedar penunggang motor tersebut meneruskan perjalanan pulang ke Cikupa dan memohon maaf kepada anggota polis.