Putrajaya jadi lokasi longgok kereta buruk, 60 unit dihantar skrap tahun lalu

942

Tindakan pemilik kenderaan tersadai yang sengaja meninggalkan kereta mereka di petak pakir kuarters kerajaan menimbulkan pemandangan buruk.

Pengarah Penguatkuasa Perbadanan Putrajaya (PPj), Mohd Ali Jusoh berkata, kenderaan yang mempunyai pemilik itu kebanyakannya sudah rosak dan dibiar tersadai kerana memerlukan kos tinggi untuk dibaiki.



Walaupun sudah diberikan notis, pemilik lebih rela kenderaan mereka ditunda bagi menjimatkan kos mengalihkan sendiri kenderaan terbabit.

“Semenjak 2016 PPj dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Hartanah, Jabatan Perdana Menteri (JPM) sudah menunda lebih 400 kenderaan tersadai.

“Daripada jumlah yang ditunda itu hanya satu dan dua pemilik sahaja yang menuntut kenderaan mereka semula dan selebihnya telah dilupuskan menjadi besi buruk dengan kos anggaran RM100,000,” katanya.

Pemilik kenderaan sudah diberikan notis tiga bulan lebih awal termasuk membuat siasatan dengan pihak bank, polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Jika masih degil dan tidak dapat dihubungi sepanjang tempoh ditetapkan untuk mengalihkan kenderaan tersebut baharulah tindakan tunda dijalankan.

Kemudian pemilik diberi tempoh selama enam bulan untuk menuntut semula kenderaan dan membayar upah tarik RM100, kompaun RM150 dan bayaran simpan kereta RM10 sehari.

“Pada tahun lalu PPj sudah melupuskan 60 buah kenderaan menjadi besi buruk dengan kos RM16,000 bagi memberi pendidikan kepada penghuni kuarters menggunakan kemudahan pakir dengan sewajarnya,” katanya.

Mohd Ali berkata, selain Presint 14 operasi hari ini sudah mengenal pasti 30 kenderaan buruk yang akan ditunda membabitkan Presint 15 dan Presint 9.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here