Pemandu Singapura enggan beri laluan pada ambulans di Johor..

4055

Sebuah video yang dikongsi grup Facebook We Are Malaysians mencetuskan kemarahan warga maya tempatan apabila pemandu Singapura tidak memberi laluan pada ambulans.

Video berdurasi 34 saat itu menunjukkan Mercedes A180 dengan nombor pendaftaran Singapura memandu perlahan di lorong yang sesak.



Kemudian datang sebuah ambulans dari lorong ketiga menghampiri laluan Mercedes dan mencelah di depan hatchback tersebut.

Pemandu Singapura itu tidak memberi laluan kepada ambulans Pusat Perubatan Kempas walaupun sudah menyalakan lampu signal.

Boleh dilihat kedudukan ambulans terlalu rapat di sisi kenderaan dan akhirnya pemandu tersebut mengalah.

Namun, warga Malaysia mengecam tindakan pemandu Singapura berkenaan yang dikatakan penting diri dan ‘besar kepala’ apabila berada di negara jiran.

“Sampai Malaysia terus bertukar………jd siamang,” tulis Jebon Hisham Shahrol.

“Compound RM100000 baru tau driver singapura ni,” kata JH DN. 

Selain itu, ada juga berpendapat isu tersebut tidak perlu diperbesarkan kerana ambulans berkenaan tidak membunyikan siren jadi perlulah mematuhi undang-undang jalan raya seperti mana pengguna yang lain.

“Jika ambulans tidak ada kecemasan tak perlu beri laluan,”  tulis Anthony Donny.

“Nengok ambulance tu macam tak pasang bunyi siren cuma nyala lampu je. Kalau pasang siren takkan la dia berani nak himpit,” kongsi Mohd Taufiq Mohd Nasron. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here