Mercedes-Benz EQE dah masuk Malaysia, Harga bermula RM419,888

1292

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) membawa masuk model yang kelima kenderaan elektriknya (EV) menerusi Mercedes-Benz EQE 2023.

Sebelum ini memperkenalkan barisan jentera EV membabitkan EQA, EQB, EQC dan EQS untuk pasaran tempatan.

Sedan elektrik penuh itu dibina menggunakan platform Electric Vehicle Architecture (EVA) yang sama seperti EQS yang berkongsi banyak komponen, teknologi serta perincian rekaan.



Ia membabitkan unit lampu utama LED beserta lampu nyalaan siang DRL jenis lED, jeriji hadapan yang kosong tanpa bukaan, diikuti dengan unit lampu belakang melintang penuh.

Dari segi dimensi, ia lebih pendek berbanding EQS denhan ukuran 4,946 mm panjang, lebar (1,906 mm) dan tinggi (1,512 mm). Ruang kabinnya juga lebih luas kerana jarak roda melebihi tiga meter (3,121 mm) yang menyamai model EQS.

Baca juga >> Ketahui ciri EV pertama Mercedes-Benz di Malaysia, EQA 250 dijual bermula RM278K

Sekali cas, 669km

Sedan EQE 350+ menggunakan motor elektrik tunggal dengan kapasiti bateri lithium-ion 90.56 kWH yang menyalurkan 292 hp)dan tork 565 Nm. Ia boleh memecut 0-100 km/j hanya 6.4 saat dengan kelajuan maksimum 210 km/j.

Kapasiti penuh bateri lithium-ion boleh memberikan jarak pemanduan hingga 669 km mengikut kitaran WLTP.

Untuk mengecasnya pula, EQE 350+ boleh menggunakan pengecasan pantas DC dari kapasiti bateri 10 sehingga 80 peratus dalam 32 minit, manakala 8 jam 15 minit bagi pengecasan AC 11 kW.

Ruang dalamannya, EQE didatangkan dengan susun atur papan pemuka yang lebih konvensional, namun ia masih lagi tampak futuristik.

Hadir skrin paparan kecil untuk pemandu, skrin tengah OLED dengan sistem multimedia MBUX, paparan head-up, sokongan Apple CarPlay dan Android Auto.

Suspensinya menggunakan four-link di hadapan dan multilink di belakang, dan tidak diberikan unit udara Airmatic dan rear-wheel steering.

Ini ciri keselamatannya:

  • Active Distance Assist DISTRONIC
  • Extended automatic Re-start in traffic jams
  • Evasive manoeuvre support
  • PRE-SAFE® impulse side
  • Bantuan Kekal Lorong Aktif
  • Bantuan Stereng Aktif
  • Bantuan Parkir Aktif
  • Sistem pemantauan tekanan tayar dan banyak lagi

Harga 

 Mercedes-Benz EQE 350+ 2023 bermula dari RM419,888

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here