#TahukahAnda: Isi minyak motor berlebihan sebenarnya membazir…..

2571

Bagi penunggang motosikal sudah terbiasa untuk mengisi penuh tangki minyak agar tidak terlalu kerap berhenti apabila melakukan perjalanan jauh.

Mengisi penuh tangki minyak tiada salahnya tetapi tahukah anda kebiasaan mengisi bahan bakar sehingga berlebihan sebenarnya merugikan. 



Perhatikan ketika sedang mengisi petrol motor, nozel akan dimasukkan ke lubang tangki dan kemudian bendalir petrol akan masuk ke dalam.

Ketika proses mengisi minyak nozel akan berhenti sendiri dan bunyi ‘flop’ menandakan pengisian sudah penuh. Ini bermakna anda tidak perlu menarik picu nozel untuk menambah lagi petrol, seharusnya tinggalkan ruang kosong pada tangki.

Apakah manfaat meninggalkan sedikit ruang dalam tangki minyak?. Sebenarnya ada kesan apabila anda mengisi minyak terlebih penuh. 

  1. PETROL DISEDUT KEMBALI KE PAM MINYAK

Petrol yang mengalir dari hos nozel boleh tersedut kembali ke pam minyak. Dalam erti lain petrol yang sudah terisi dan anda bayar adalah pembaziran. Ini kerana mesin pengisian bahan api dilengkapi dengan penyedut wap petrol moden.

Hos ini dapat mengesan petrol yang diisi penuh, maka secara automatik ia akan menyedut kembali lebihan wap petrol dari lubang tangki.

2. RUANG PEMBAKARAN MAKSIMUM

Bagi proses pembakaran maksimum, bahan bakar memerlukan ruang agar boleh mengembang. Kerana itulah setiap tangki minyak didatangkan dengan lubang. Fungsi lubang ini bagi mengurangkan tekanan yang dihasilkan ketika minyak berada dalam tangki.

Jadi ketika tidak ada ruang sama sekali dalam tangki, maka gas yang seharusnya keluar dari lubang tersebut malah akan keluar dari tangki melalui hos. Petrol yang anda isi hanya akan terbuang dan tidak digunakan.

3. JANGKA MASA PANJANG

Kesan ketiga adalah dalam jangka masa panjang. Wap yang keluar ketika mengisi petrol hingga melimpah ke luar tangki akan merugikan kesihatan dan pencemaran udara. Apatah lagi sehingga tertumpah, bukan sahaja membazir tetapi mencemar kawasan sekeliling.

Jadi isilah secukupnya jangan berlebihan….

Baca juga >> #TahukahAnda: Tak boleh bawa masuk air naik pesawat antarabangsa, domestik boleh pula…ini sebabnya

Baca juga >> #TahukahAnda: Jangan ambil mudah, ini risiko sambung bayar kereta…

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here