Ferrari terbelah dua di selekoh maut….

1099

Seorang warga emas maut selepas Ferrari yang dipandunya hilang kawalan di jalan California. Supercar tersebut juga terbelah dua.

Robert Nicoletti dikatakan memandu laju dan gagal membelok di jalan Santiago Canyon lalu melanggar SUV Mazda dan Toyota berwarna biru.



Kejadian tersebut berlaku di kejiranan Gunung Santa Ana di Silverado, Anselmo Templado dan Nicoletti disahkan maut di tempat kejadian manakala pemandu dua buah kereta yang terlibat hanya mengalami kecederaan ringan.

Akibat rempuhan itu serpihan kenderaan bertaburan di sepanjang lebuh raya berbukit tersebut dan punca kemalangan itu bukan disebabkan alkohol.

Rakaman dari udara di lokasi kejadian oleh saluranberita Fox 11 Los Angeles menunjukkan Ferrari merah itu remuk akibat rempuhan dengan bahagian belakang kenderaan itu tercabut dari tempat duduk penumpang.

Nicoletti yang berumur 71 tahun merupakan pesara jurujual produk pergigian. Papan tanda elektronik baharu yang memaparkan kelajuan kereta telah dipasang di jalan 55mph awal tahun ini berikutan rentetan kemalangan maut. 

Jalan sepanjang 17km itu menyaksikan enam kemalangan maut melibatkan motosikal dalam tempoh tujuh minggu pada musim panas 2016.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here