Penyokong terjun atas bas, Messi dan pemain Argentina dipindahkan guna helikopter

1240

Sambutan Piala Dunia Argentina dicemari dengan kematian seorang peminat berusia 24 tahun, selepas terjatuh dari bumbung ketika teruja ‘melompat-lompat’ meraikan kemenangan pasukan kebangsaan mengalahkan Perancis. 

Lionel Messi dan pemain Argentina yang lain memberikan hadiah Piala Dunia negara sejak 1986 dan bagi meraikan kejayaan itu rakyat mengadakan pesta besar-besaran.  



Bagaimanapun perarakan bas pada Selasa dihentikan susulan isu keselamatan susulan percubaan peminat melompat ke atas bas yang membawa pemain.

Pihak polis di Buenos Aires berkata lelaki yang melompat ke bumbung bas dari jambatan itu meraikan kemenangan pemain pasukan kebangsaan sehingga terjatuh ke bawah lalu  mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di hospital.
 

Lebih banyak kisah kematian dan kecederaan serius berlaku pada hari perarakan bas pemain pasukan Argentina yang melalui Buenos Aires. Difahamkan jutaan rakyat keluar ke bandar berkenaan meraikan kemenangan tersebut.

Susulan keadaan yang tidak terkawal, pihak berkuasa terpaksa memindahkan Messi dan pemain lain menggunakan helikopter selepas peminat melontar peluru dan cuba melompat ke atas bas pasukan.

Boleh dilihat helikopter terbang rendah ketika peminat bertepuk tangan dan melaungkan nama pasukan sebelum pemain dibawa pulang ke ibu pejabat Persatuan Bola Sepak Argentina (AFA) berhampiran lapangan terbang iaitu lokasi permulaan perarakan.

Perjalanan ke lokasi ikonik Obelisk yang mana majoriti penyokong Argentina sedang menunggu juga tidak dapat diteruskan. 

Presiden AFA Chiqui Tapia mengesahkan situasi itu menerusi akaun Twitternya menyatakan pihak berkuasa keselamatan yang mengiringi pasukan tidak membenarkan mereka meneruskan perjalanan ke Obelisk dan beliau memohon maaf mewakili pemain.

Pemain Argentina seharusnya menaiki bas dari kemudahan latihan AFA ke Obelisk yang mana dianggarkan tiga juta peminat berkumpul selepas negara mereka membawa pulang Piala Dunia.

AFA mengesahkan perubahan pelan pada saat akhir atas nasihat penasihat keselamatan kerajaan pada petang Selasa dan akhirnya pemain dipindahkan mengguna helikopter.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here