Hujan berterusan di Besut, Terengganu membuatkan beberapa daerah ditenggelami banjir bahkan beberapa jalan turut ditutup.
Pada imej mahupun video yang dikongsi oleh penduduk setempat menunjukkan beberapa buah kenderaan hanyut dan tersadai di beberapa kawasan disebabkan air yang naik dengan cepat.
Namun, seorang pengguna Twitter @azwanazeri berkongsi air di kawasan Jerteh mula surut sejak pagi tadi berbanding semalam.
Dia berkongsi video dan imej sebelum dan selepas keadaan banjir yang menunjukkan beberapa kenderaan tersadai di dalam longkang.
Boleh dilihat beberapa model kenderaan dalam video tersebut antaranya Perodua Myvi, Suzuki Swift, Perodua Kancil dan Proton Wira.
— Abyad. (@azwanazeri) December 20, 2022
Azwan juga turut menunjukkan sebuah Perodua Myvi milik rakannya yang diangkat menggunakan kren selepas ditemui di satu kawasan yang tidak dimaklumkan.
“Kereta kawan aku. Parking dekat lain, ambik dekat lain,” tulisnya.
Selain itu, Azwan turut menyatakan susulan air yang naik terlalu cepat membuatkan penduduk tidak dapat bertindak menyelamatkan harta benda mereka.
Update Aftermath : Kereta kawan aku. Parking dekat lain, ambik dekat lain.
Ibarat kata Puasa di dunia, berbuka di syurga. pic.twitter.com/ImienelE24
— Abyad. (@azwanazeri) December 20, 2022
Sementara itu, pihak berkuasa bencana memberi amaran gelombang kedua banjir berkemungkinan besar berlaku di Besut hari ini sekiranya hujan lebat berterusan dan mangsa banjir diminta lebih berwaspada apabila pulang ke rumah.
Keadaan Bandar Jertih petang tadi, Jerteh lumpuh. pic.twitter.com/L5HUNx8VbL
— Abyad. (@azwanazeri) December 19, 2022