Honda Civic Type R TCR serba baharu buat ujian sulung

660

JAS Motorsport mendedahkan Honda Civic Type R TCR serba baharu untuk perlumbaan touring musim 2023.

Kereta lumba itu berasaskan model pengeluaran FL5 Type R terbaharu. Ia dibina berdasarkan kejayaan besar yang dicapai oleh model pendahulunya sejak jenama Type R muncul dalam pertandingan TCR (Touring Car Championship) pada 2015.

Ciri-ciri utama termasuk reka bentuk luaran yang serba baharu dan pakej aerodinamik untuk meningkatkan ‘downforce’, casis baharu untuk kestabilan selekoh dan ciri keselamatan pemandu yang lebih baik. Ia juga dilengkapi sistem brek dan transmisi yang dinaik taraf.



Ruang kokpit pula diperhalusi secara ergonomik selaras dengan piawaian keselamatan global FIA terkini dan menempatkan paparan pemandu yang canggih untuk memberikan tahap maklumat relevan yang lebih tinggi berbanding sebelum ini.

Bagaimanpun, JAS tidak mendedah berhubung spesifikasi rangkaian kuasanya.

Kereta itu menjalani ujian sulungnya di Litar Tazio Nuvolari di Cervesina, Itali, pada 5 Disember oleh pemandu lumba Honda, Nestor Girolami. Ia kini sedang menjalani ujian dan program pembangunan berasaskan trek yang menyeluruh sebelum diserahkan kepada pelanggan.

Civic Type R TCR baharu akan menyertai senarai semasa 25 model kenderaan dan lebih daripada 1,100 kereta yang layak untuk pertandingan TCR di peringkat global.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here