Rakyat Singapura kongsi pecah rekod 7 jam lepasi kastam Malaysia

681

Bagi segelintir rakyat Singapura akan memilih hari bekerja untuk masuk ke Johor Bahru (JB) bagi mengelak kesesakan di Tambak Johor.

Itulah yang difikirkan oleh warga Singapura Shin Chen dan keluarganya tetapi akhirnya terperangkap selama tujuh jam. Namun, itu hanya perjalanan keluar dari JB ke Singapura.

@dailyvibessg

#sg #sgcustom #fyp

♬ 圣诞节快乐(纯音乐)(剪辑版) – Mr.music



Dia yang berusia 36 tahun berkongsi video berkenaan di TikTok pada 20 Disember yang melancong ke Johor bersama keluarga pada Isnin bagi menikmati makanan laut dan membeli belah.

Bagaimanapun, ketika perjalanan pulang mereka berdepan dengan trafik sesak. Dalam klip video berdurasi lima saat itu, dia merakamkan gambar kesesakan lalu lintas dari jambatan atas JB. 

Dia berkongsi menggunakan jambatan itu menuju ke tandas stesen minyak di seberang jalan.

Sebahagian besar kesesakan adalah di sebelah JB dan Shin Chen berkata mereka menghabiskan masa kira-kira enam jam di dalam kereta menuju ke kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin JB.

Menjadikan keadaan lebih buruk mereka terlepas susur keluar ke stesen minyak ketika di JB dan tidak dapat mengisi petrol. 

Selama berjam-jam menunggu di dalam kereta, Shin Chen berkata dia menonton video YouTube, membaca artikel dan bermain Mobile Legends pada telefonnya.

Mereka tiba di Singapura pada jam 3 pagi dan berasa lega kerana trafik di bahagian Singapura lebih baik dan hanya mengambil masa sejam untuk melepasi kastam. 

TAK MAHU DATANG JB 

Shin Chen berkata kejadian itu merupakan kesesakan lalu lintas paling teruk pernah dilaluinya di Tambak Johor. 

“Saya pergi ke JB agak kerap, tetapi paling lama saya pernah alami empat jam terperangkap dalam kesesakan.

“Tujuh jam adalah rekod baharu. Mudah-mudahan ia hanya sekali,” katanya.

Shin Chen menyatakan situasi itu disebabkan ramai yang menghabiskan cuti akhir tahun sehingga berlakunya kesesakkan luar biasa.  

Dia juga menjelaskan kastam Malaysia juga tidak beroperasi penuh pada hari berkenaan susulan beberapa kaunter masih dalam pengubahsuaian.

Jelasnya, dia tidak akan merentas sempadan dalam beberapa bulan akan datang.

“Tetapi Malaysia adalah tempat yang bagus untuk dilawati dan saya pasti tidak mahu ketinggalan,” katanya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here